Sememangnya telah di agak perkara ini. Agaknya kenapa lah NIZAR SI PENDERHAKA ini jadi taruhan PAS di Bukit Gantang? Aku boleh beri 2 sebab utama yang aku rasakan point kenapa mereka memilih NIZAR SI PENDERHAKA ini.
1 - Kerana untuk meraih simpati. NIZAR yang pada penulisan kaum2 fanatik PAKATAN RAKYAT di zalimi oleh TUANKU SULTAN AZLAN SHAH ini akan membuat seribu satu cerita sedih, bagaimana Tuanku memecat beliau sebagai Menteri Besar Perak, bagaimana beliau di halau dari Rumah Rasmi Menteri Besar termasuklah cerita sedih mereka (ADUN PR) di halang dari memasuki Dewan Rakyat dan membuat lakonan Mesyuarat Bawah Pokok ala-ala cerita Laksamana Do Re Mi dengan kisah Kerajaan Pasir Dua Butir nya.
2 - Kerana Nizar mahu lari ke Parlimen. PAS tahu yang Nizar TAKKAN dapat menjadi MB Perak semula. Mereka tahu Tuanku Sultan Perak takkan mungkin menerima/melantik Nizar semula sebagai MB. Jadi Nizar terpaksa mencuba nasib di Parlimen. Segala perjuangan Nizar untuk mendapat kembali duduk di meja Menteri Besar tu adalah gimik semata-mata untuk mendapat simpati rakyat sahaja. Untuk menunjukkan bahawa beliau di zalimi!
2 point utama ini lah yang membuatkan PAS memilih Nizar. Tetapi adakah Rakyat Bukit Gantang yang mana mempunyai lebih 60% penduduk Melayu mahu menerima Nizar? Menarik, amat menarik! Aku pun tak saba nak tengok bagaimana cara orang melayu di Bukit Gantang berfikir. Penderhaka ini menjadi satu percaturan buat PAS untuk menilai kekuatan pengaruhnya terhadap rakyat. Jika PAS menang, nescaya PAS akan lebih bongkak dan lebih besar kepala kerana rakyat menyokong mereka lebih dari Tuanku Sultan Perak sendiri!
Saya pasti Rakyat Bukit Gantang tidak SEBODOH itu. Rakyat Bukit Gantang boleh melihat sendiri apa perubahan yang di buat selama PAS memerintah. Tak perlu tengok di seluruh Negeri Perak, tengok sahaja di Bukit Gantang. Ada? Apa yang lebih baik dari sebelumnya? Adakah anda lebih ISLAM semasa di perintah oleh PAS? Adakah sebelum ini anda bukan ISLAM dan hanya ISLAM selepas atau semasa PAS memerintah? Adakah kerajaan BN sebelum ini melarang anda dari beramal ibadat? Adakah kerajaan BN sebelum ini tak memberi peruntukan kepada masjid2, sekolah2 sekolah2 agama, tadika2, surau2, dewan2 dan lain2 lagi di Bukit Gantang? Adakah manusia yang di lantik sebagai Menteri Besar sekarang bukan Orang ISLAM? Tidakkah anda lihat para EXCO kerajaan negeri sekarang 80% di jawati oleh Orang Melayu tidak seperti semasa PAS memerintah. Sehinggakan EXCO KEWANGAN, satu jawatan yang amat penting bagi menguruskan kewangan negeri di beri kepada DAP! Semua ini anda boleh nilai sendiri.
Jangan hanya mendengar cerita2 dari flyers2 yang di taburkan di masjid2. Anda ada otak, gunakan, fikir elok2. Dari sekarang sehingga tamat pilihanraya nanti anda akan di datangi atau di banjiri dengan seribu satu macam risalah dan cerita. Anda juga akan melihat Bukit Gantang bermandikan bendera2 parti yang bertanding. Tetapi aku harap, anda semua di Bukit Gantang buka lah mata, telinga dan minda anda. PAS bermain dengan Agama Islam bagi mendapat kuasa dunia. Meraka pada zahirnya nampak lebih ISLAM dari orang2 UMNO. tetapi adakah ISLAM mengajar kita untuk MENDERHAKA kepada Sultan? Adakah Islam mengajar kita untuk memaki hamun orang lain termasuk MUFTI PERAK!?!?!?! Adakah ISLAM membenarkan fitnah! Adakah ISLAM menghalalkan bergambar bogel dan bersekedudukan seperti Eli yang di bela kuat oleh Nik Aziz?
Ops terlupa satu perkara, anda juga akan mendengar PAK IMAM berpolitik mengajak kita mengundi PAS secara terbuka atau secara halus di masjid2 terutama pada kutbah Jumaat. Ini satu lagi cara PAS, menggunakan masjid untuk tujuan politik. Tak pernah aku dengar IMAM mengajak orang mengundi UMNO, tapi tiap2 kali pilihanraya, sebahagian IMAM yang tak reti bahasa akan berkempen untuk PAS. Siapa yang agaknya begitu ghairah untuk kuasa dunia? Siapa yang sanggup berbuat apa sahaja untuk kuasa dunia? Siapa sanggup menggadai maruah AGAMA, BANGSA dan NEGARA!? Fikirkan baik2, jagan membuat kesilapan yang sama sekali lagi.