Pertamanya aku nak ucapkan Selamat Mengundi kepada semua para pengundi di P59 Bukit Gantang. Aku bukan nak mengajar atau menghasut aku cuma mahu memberikan peringatan kepada anda semua. Tahukah anda betapa pentingnya pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang ini? Pilihanraya ini bukan lagi antara Pakatan Rakyat atau PAS melawan Barisan Nasional atau UMNO, tetapi simboliknya antara Pakatan Rakyat atau PAS dengan seluruh Bangsa Melayu itu sendiri. Antara rumusan yang boleh di buat dengan keputusan pilihanraya itu nanti ialah ...
1) Pilihanraya ini akan menunjukkan samada Orang Melayu lebih sayang kan RAJA nya dari seorang PENDERHAKA dan menyokong Sistem Raja Berpelembagaan atau menolaknya.
Ini kerana Nizar, pemimpin atasan PAS, DAP dan PKR dan kuncu-kuncu mereka telah secara jelas dan terbuka menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak. Nizar juga telah berani mempertikaikan hak-hak Sultan Perak. Nizar juga menderhaka apabila tidak menerima keputusan Sultan Perak. Atas perbuatan derhaka Nizar ini, maka orang-orang bukan Melayu pun telah berani menderhaka dan mempertikaikan hak Raja-Raja Melayu. Pelbagai cacian dan penghinaan di lontarkan terhadap Sultan Perak. Dari maklumat tidak rasmi, ada penyokong PAS yang berani menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Dr. Nazrin Shah semasa demonstrasi Pakatan Rakyat di Kuala Kangsar tempoh hari. Baru-baru ini ada BINATANG yang telah menjadi berani menghina Sultan Azlan dan Mufti Perak dengan gambar yang sungguh JIJIK dan di edarkan kepada orang ramai! Di sini lah akan kita lihat sejauh mana kesetiaan Orang2 Melayu terhadap raja nya.
2) Pilihanraya ini juga akan menunjukkan samada rakyat masih memahami dan menerima perlembagaan berkenaan Hak Keistimewaan Orang Melayu atau sebaliknya.
Adalah menjadi perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan kesamarataan semua bangsa di negara kita ini, atau Bangsa Malaysia. Di sinilah kita hendak menilai samada rakyat terutama Orang Melayu sendiri menyokong perkara ini. Bukit Gantang mempunyai lebih 60% pengundi Melayu. Jadi sebab itu lah kita boleh lihat samada Hak Keistimewaan Orang Melayu itu masih releven atau tidak lagi di terima oleh Orang Melayu sendiri. Walaupun jelas bahawa kita sememangnya berhak ke atas keistimewaan itu tetapi masih ada Melayu yang mempertikaikan nya. Tidak perlu di fikirkan tentang bukan Melayu, mereka pasti menyokong hak ini di hapuskan, tetapi sungguh hairan apabila Orang Melayu sendiri yang sanggup menjual hak nya kepada orang lain. Jadi anda adalah penentu perjalanan dan nasib jenerasi Melayu akan datang.
3) Pilihanraya ini juga akan menunjukkan samada rakyat masih menyokong atau mempercayai Barisan Nasional am nya dan UMNO khasnya.
Pakatan Rakyat sudah mula menampakkan kelemahan mereka. Pelbagai masalah mula timbul di sebab kan perbezaan perjuangan dan masalah dalaman parti pakatan mereka. PR juga telah membuktikan kepada semua rakyat bahawa mereka hanya pandai menabur janji. PR juga telah menampakkan sikap buruk mereka, dari pemimpin atasan sehingga la penyokong2 mereka termasuk blogger2 upahan atau persaorangan mereka yang suka memaki hamun, mengaibkan, menuduh tanpa bukti atau memfitnah, suka menghuru-harakan keadaan, merosakkan ekonomi negeri, menimbulkan kesusahan pada rakyat dengan pelbagai demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram, pembohongan, penderhakaan dan banyak lagi! Jika dengan pelbagai masalah dan sikap buruk ini, rakyat atau Orang2 Melayu Bukit Gantang masih memilih mereka (Pakatan Rakyat), ini menunjukkan rakyat telah tidak mempercayai BN. Anda para pengundi di P59 boleh menyampaikan mesej yang jelas, samada kepada PR ataupun BN.
Jadi, untuk anda semua aku benar2 berharap anda dapat berfikir sejenak sebelum keluar mengundi nanti. Mesej apa yang anda mahu sampaikan. Orang2 bukan Melayu juga sedang memerhatikan kita. Buatlah pilihan yang tepat.