Tun Dr M,
Tun Dr Mahathir dalam penulisan nya hari ini sekali lagi menghentak UMNO. Walaupun niat Tun adalah baik (untuk menjadikan UMNO bebas rasuah) tetapi kritikan terbuka Tun ini bakal mengundang lebih banyak salah faham dalam UMNO sendiri dan akan menjadi satu lagi point untuk pembangkang. Saya rasa pada zaman Tun menjadi PM dulu pun gejala rasuah berlaku. Dan rasuah ini akan terus berlaku bukan sahaja pada UMNO, tetapi juga dalam PKR, PAS dan DAP! Selagi manusia yang menganggotai parti2 politik mana pun, pasti ianya (rasuah) akan berlaku. Beza nya banyak atau sedikit. Kalau KAMBING jadi ahli2 dalam parti politik, baru lah rasuah TIDAK AKAN BERLAKU! sebab masing2 sebuk mengunyah rumput jer, tak reti nak beli TV LCD besar dan kereta besar seperti TOYOTA CAMRY.
Jika hasrat atau tujuan kritikan Tun itu untuk menghapuskan rasuah, saya rasa ia amat sukar untuk di capai. Tun pasti tahu apa yang berlaku di dalam arena politik negara, bukan saja UMNO terlibat, malah semua parti juga ada masaalah ini, cuma mereka tidak besar2 kan cerita itu kepada umum seperti yang Tun lakukan. Bila Tun membuat tulisan begitu, pandangan umum terhadap UMNO pasti buruk. Tun mempunyai impak yang kuat terhadap rakyat Malaysia. Tun juga adalah idola saya. Tetapi saya amat tak setuju cara Tun untuk membersihkan UMNO ini. Tun sepatutnya tidak mengeruhkan lagi keadaan, Tun sepatutnya menggunakan saluran yang betul. Tun janganlah pulak terikut cara pembangkang yang mendemontrasi di jalanan untuk mendapat perhatian, Tun mendemonstrasi di blog Tun. Padahnya UMNO dan ORANG MELAYU yang akan terima. Kalau tak silap saya Tun pernah mengatakan Tun sayangkan Parti UMNO ini. Jika sayang jangan lah buat camni Tun, cerita masalah rumahtanggan kita, jgn di canang keliling kampung, kita juga yang aib nanti.
Pak Lah & DSAI,
Ni pehal lak Pak Lah jumpa Pak Nuar nih?!?!?!? hehehe tak pe la, derang secara kebetulan terjumpa dalam satu majlis Maulidul Rasul di Hulu Langat hari ini. Macam-macam orang duk cakap, pada aku aku hanya percaya apa yang aku nampak je. Elok lak Pak Nuar dah kasik penjelasan dalam blog dia. Kata Pak Nuar... "Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen," Ok la tu, harap-harap Pak Nuar sempat mengucapkan terima kasih pada Pak Lah sebab bebaskan dia dari Tahanan ISA dan mintak maaf kat Pak Lah sebab tohmahan2 yang di lemparkan terhadap Pak Lah dan keluarganya.
Aku ada terbaca dan terdengar cerita orang yang kata ada perbincangan lain berlaku, tapi biasa lah, ini khabar angin, khabar angin ni cam kentut gak la, semua orang pun kentut, beza nya ada yang bau BUSUK! ada yang takde bau langsung, ada jugak yang bunyi kuat menggegar tapi tak bau, ada jugak yang paling bahaya, KENTUT BUNYI KUAT GILER DAN BAU BUSUK! Ni pehal lak aku merepek hal kentut lak nih! Apa pun jika ada hal lain yang di bincang tuh, kasik tau kat kami, jangan buat kejutan lak. Nanti ada yang kene heart attack!
Ni pulak hal Kak Rafidah Aziz. Janganlah terlalu mementingkan jawatan KETUA WANITA UMNO tu Kak Fidah, kita ada masalah lebih besar untuk di tangani. Perpaduan dalam UMNO perlu di tingkatkan. Kak Fidah dah lebih 20 tahun meminpin WANITA UMNO, tak ke Kak Fidah terfikir dah sampai masa untuk beri peluang orang lain ambil alih tugas tu? Kak Fidah masih boleh menyumbang kepada wanita, kenapa terlalu ego? Ini perjuangan wanita bukan perjuangan Rafidah Aziz. Adakah Kak Fidah tak pecaya kemampuan Kak Shahrizat? Kadang kala semasa kita masih sehat dan masih ada pengaruh ini lah, kita perlu turun tahta agar kita boleh monitor kerja pengganti kita tu. Harap Kak Fidah akan ikut jejak Tun dan Pak Lah. Turun dengan cara elok, tak perlulah bertanding. Kak Fidah boleh bimbing Kak Shahrizat untuk menjadi Ketua Wanita UMNO yang baik sama seperti Kak Fidah. Kak kononnnnnnnnnnnnnnnnn ... haha saja nak bunyik romantis sikit!