Alhamdullilah, macam ini lah baru pemimpin rakyat. Pemimpin perlu kerap berjumpa dengan rakyat, bukan asyik lepak hotel besar2, mesyuarat sana-sini, asyik turun naik mahkamah je. Ini baru betul, di harap D.S. Najib dapat meneruskan usaha sebegini untuk mengeratkan lagi hubungan D.S. dengan rakyat. Ini juga menunjukkan D.S. mengambil berat tentang rakyat. Teruskan lah usaha ini. Jangan pulak buat setahun sekali je D.S. Dan di harap sangat lah D.S. meWAJIBkan kepada semua pemimpin BN agar mereka juga turun padang sebegini. Misalnya kami di Dun Sg Rapat ni, nak nampak muka Kak Midah kita mak aiiiii, masa pilihanraya baru la nampak batang hidung dia. Buat opis pun kat Batu Gajah! adoyaiii! tapi wakil Sg Rapat, camne opis ada di Batu Gajah? Pening ke tak D.S. Tolong la. Tapi kami di sini setia bersama UMNO dan BN, tu sebab Kak Midah masih menang, jika tak dah kalah dah masa pilihanraya lepas.
Di harap sangat la semua pemimpin BN contohi lah PM kita ni. Turun padang, jgn masa ada banjir je, turun padang bila2 je, tak payah nak bagitau, kejutkan kami. Kami pasti akan terus menyokong anda jika anda benar2 ambil tahu susah senang kami. Dekati kami, rakyat perlukan pemimpin yang berjiawa rakyat. Datang je, pasar malam ke, pasar tani ke apa-apa je, pada bila2 masa, insyaALLAH kedatangan anda akan lebih meyakinkan rakyat bahawa anda sememangnya berkhidmat untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Aku teringat dulu, masa NIZAR baru jadi MB Perak, gambar dia makan nasi bungkus dalam opis keluar Utusan Malaysia. Bekerja begitu rajin sehingga makan pun tak sempat, tapi lepas tu, senyapppp, tahu2 sekarang sebuk juga, tapi bukan sebuk bekerja untuk rakyat, sebuk turun naik mahkamah nak tuntut "hak DIA"