Belum lagi, tapi inilah yang sebuk di ceritakan oleh para blogger upahan Pakatan Rakyat. Dan aku secara peribadi takder hal dengan perkara ni jika ianya terjadi. ALHAMDULLILAH! Tapi kita perlu ingat ISLAM bukan hanya mahu kita menyebut 2 kalimah shahadah untuk mengesahkan yang kita itu seorang ISLAM, perlu ada niat ikhlas dan ketaqwaan yang di sertakan dengan ucapan tersebut. Jika tidak ianya sama lah macam Hj Nga yang membaca potongan2 ayat suci Al Quran seperti membaca sebuah buku sahaja. Bukan apa, aku dah cakap sebelum ini yang aku akan menulis dalam blog ni kebanyakannya dari pengalaman aku sendiri. So mari aku cerita satu lagi pengalaman aku tentang Orang Cina Masuk Islam ni.
Aku ada seorang kawan Cina (Mr Lee, bukan nama sebenar) yang berniaga sebagai kontraktor. Dia ni byklah dapat buat kerja-kerja sub kontrak dengan seorang usahawan Melayu di sini. Sampai satu masa, Mr Lee ni dah mula nak cuba dapatkan kontrak terus dari kerajaan. Di sebabkan Kerajaan Barisan Nasional ni memperjuangkan hak Orang Melayu dan Islam, maka susah la sikit dia ni nak dapat kerja. Ini bukan penginayaan, kalau tak dapat terus pun Mr Lee ni masih boleh senang lenang hidupnya dgn sub kontrak dari main con. Tapi mungkin lah tamak sikit Mr Lee nih, nak kebas dari punca terus, taknak kasik peluang kat bumiputera sikit. Dia pun dgn mengejut katak kan aku, tiba-tiba aku dgr dah masuk ISLAM! Wahhhh! Bagus lah, ALHAMDULLILAH! Takder masaalah dgn hal ni, malah aku suka dan bangga bila ada org mahu memeluk ISLAM! Tapi setelah bersembang2 dgn Mr Lee (sekarang En Borhan, bukan nama sebenar) selepas dia memeluk ISLAM, aku sedih dan bengang! Napa??
Aku memang ada urusan dengan En Borhan ni, so aku selalu jugak la jumpa dia, terserempak dgn dia di kedai2 kopi, yang membuatkan aku marah dan bengang iailah En Borhan rupanya masuk ISLAM sebab nak dapatkan projek! Huh! Sanggup sampai macam tu sekali hanya untuk duit! Sanggup buat apa sahaja, termasuk tukar agama hanya untuk kepentingan diri! Kurang ajar nyer En Borhan! Yang lagi best, dia rupanya masuk ISLAM sorang2 je, anak bini dia tak masuk ISLAM pun, tapi dia masih duduk sebumbung dgn bini kafir dia!!! Makan sama2 (paham-paham la makan pe kan). Apa punyer ISLAM tu? Masa bulan Ramadhan, dia boleh selamba makan, tak pernah puasa! Sembahyang .... hmmmm tah la, aku sendiri tak pernah nampak la. Tapi adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita dengan membabi buta menyorak kegembiraan bila org masuk ISLAM?
Moral cerita ini ialah, pada aku ramai jenis manusia di luar sana sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan diri. Kita orang Melayu tak semudah itu nak keluar masuk agama, walaupun ada sekor dua BERUK yang terlibat dalam hal ini (MURTAD). Tapi hati-hati lah wahai saudara ku sekelian, jgn tertipu dengan lakon layar mereka. Eli dah bertudung jumpa Nik Aziz, Nga dah hafal Al Quran dan boleh di gelar Hj Nga Kor Ming Al Hafiz. Tah la. Aku cuma berhati2, tak semudah itu untuk aku menerima lakonan2 seperti ini. Sama seperti puak2 Fanatik PR yang tak nak terima perbuatan baik bangsa nya sendiri hanya sebab berlainan pendapat politik! Mereka (Fanatik PR) lebih percayakan rakan kafir mereka dari saudara SEAGAMA dan SEBANGSA dengan mereka.
Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku depan mata aku. Aku tak reka2 cerita, jadi korang fikirlah sendiri yek. Nak tambah sikit, ramai fanatik PR hantar email marah2 aku sebab sebuk komen dekat blog2 pro PR, dan mereka cakap aku buat camtu sebab nak org masuk blog aku, Aku cuma nak cakap camni je la, aku tak perlukan 1000 orang untuk hanya "MEMBACA" tulisan aku, aku lebih suka 20 orang baca tulisan aku dan dapat berfikir secara logik apa yg aku cuba sampaikan. Matlamat aku ialah membuka minda pembaca dgn harapan mereka lebih peka dengan apa yang terjadi di Malaysia nih, sebab sekarang ni ramai orang hanya mengikut cakap orang untuk berjuang tapi tak tahu pun apa yang mereka perjuangkan sehingga perjuangan mereka bukan lagi untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan para pemimpin mereka sahaja. Mereka sanggup buat huru-hara, merusuh, menderhaka, mendemonstrasi jalanan yang menyusahkan keseluruhan rakyat jelata, untuk siapa? Hanya untuk pemimpin mereka.
Terima Kasih,