Dua manusia ni merupakan otak dan perancang utama dalam kehancuran Umat Melayu! Berhati-hatilah wahai Melayu Sejati. Di Malaysia sekarang sudah ada 2 jenis Melayu.
- "Melayu Sejati" yang memperjuangkan hak hak bangsa nya yang termaktub dalam perlembagaan demi memastikan keamanan, kemajuan dan keharmonian seluruh kaum di Malaysia.
- "Melayu Tak Berapa Melayu" yang mana mereka-mereka ini memperjuangkan KESAMARATAAN antara semua kaum di Malaysia. Adakah kesamarataan ini ujud walau dalam Islam sekalipun? Sebagai contoh yang mudah untuk kepala mereka2 yang susah nak paham, kenapa Imam duduk di hadapan ketika bersembahyang? Mereka ini telah termakan racun kemodenan (kononya) yang di simbah oleh Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang pula akan memuji habis-habisan sesiapa sahaja yang mahukan konsep ini. Yang terbaru, punggung Zaid Ibrahim di kipas habis-habisan oleh Lim Kit Siang! Zaib Ibrahim merupakan satu contoh "Melayu Tak Berapa Melayu" yang aku maksudkan, begitu juga dengan Anwar Ibrahim dan Nizar. Golongan ini hanya Melayu kerana di Kad Pengenalan mereka tertulis "Bangsa: Melayu"
Anwar Ibrahim tak habis2 dengan menimbulkan isu-isu komisen lah, pembunuhan Altantuya la, rasuah la, dah takde modal lain. Lepas tu, timbulkan isu-isu perkauman. Malaysia ni milik semua bangsa. Macam lah dia yg memperjuangkan kemerdekaan. Dia lupa siapa yang mendidik dia sehingga dia bijak bercakap dan melaga-lagakan org sekarang. Sememangnya dari dulu lagi "Orang Melayu Sejati" telah menerima bangsa Cina dan India. Kita telah hidup bersama sejak dulu. Kenapa sekarang Anwar Ibrahim menunjuk pandai macam orang2 ini tertindas duduk di Malaysia? Adakah kamu semua "Melayu Tak Berapa Melayu" buta? pekak? atau buta huruf? Tak nampak ke kamu semua siapa yang pakai kereta besar2 kat Malaysia nih? Siapa yang duk di bandar2 berniaga besar2? Senang cakap, SIAPA YANG MENGUASAI EKONOMI MALAYSIA? Boleh kah kaum yang "TERTINDAS" menguasai ekonomi sesebuah negara? Aku rasa orang2 tak belaja tinggi macam aku ni pun boleh fikir dan nampak semua ni. Yang kamu "Melayu Tak Berapa Melayu" ni sebuk sangat nak memperjuangan nasib mereka pehal? Sedangkan Orang Melayu merupakan kaum yg paling mundur di Malaysia.
Lim Kit Siang tak payah nak di cerita lagi la, ini satu Bangsa Cina yang amat bercita-cita tinggi untuk memerintah Malaysia! Sekarang perjuangan nya di tanam di dada anaknya Hj Guan Eng. Beliau tidak akan duduk diam selagi Malaysia tidak DI SINGAPURAKAN! Itulah cita-cita Lim Kit Siang. Yang paling seronok aku tengok, "Melayu Tak Berapa Melayu" dari PKR dan PAS juga menyokong perjuangan Lim Kit Siang! Pemimpin atasan PAS tahu, mereka tidak ada peluang langsung jika bersendirian melawan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka perlukan PKR dan DAP. Ludah mereka sendiri di JILAT dengan rakusnya hanya di sebabkan nafsu kuasa dunia! PAS juga tanpa segan silu dan rasa bersalah mengubah perjuangan politik mereka. Dulu kununya mahu memperjuangan Negara Islam, tapi sekarang mereka sendiri menyangkal perjuangan mereka. Maka HANCUR AGAMA di tangan PAS! Lim Kit Siang bertepuk tangan, NGEH duduk bagai RAJA, Nizar menyembah NGEH tanpa silu. Maka HANCUR MELAYU di tangan PAS!
Sedarlah wahai "Melayu Tak Berapa Melayu", UMNO dan Barisan Nasional lah yang memperjuangkan nasib anda. BN bukan sahaja memperjuangkan nasib Melayu, tetapi juga Cina, India, Kadazan, Dusun dan semua kaum di Malaysia. Jangan di pertikai hak orang Melayu. Kerana bangsa lain tidak pun tertindas hasil dari hak ini. Sekarang ni, orang Melayu sendiri dah berani menderhaka. Orang bukan Melayu turut berani mengikut jejak langkah penderhaka ini. Sistem Raja Berpelembagaan jgn di usik. Jangan mengeruhkan lagi air yang dah siap2 keruh ini.
Tapi yang paling aku kesalkan ialah apabila membaca di blog2 "Melayu Tak Berapa Melayu" yang berteburan di maya nih. Mereka dengan bangganya cuba sedaya upaya untuk menghancurkan bangsa sendiri. Mereka bangga bila org bukan Melayu MENCABUL hak bangsa mereka sendiri. Mereka mempersendakan usaha2 kerajaan untuk membangunkan negara dan bangsa mereka sendiri. Mereka seronok menyokong huru-hara dan keganasan yang di laungkan olh pemimpin mereka. Mereka hilang erti perjuangan sebenar. Perjuangan mereka sekarang hanyalah "Perjuangan Demi Pemimpin" Mereka bukan lagi memperjuangankan nasib rakyat. Perjuangan mereka sama seperti perjuangan yang berlaku di Thailand. Huru-hara dan kekecohan dan keganasan untuk apa? Hanya DEMI SEORANG PEMIMPIN!
Terima Kasih,