Setelah membaca kenyataan akhbar Dr Zambry (Baca Kenyataan Penuh di Parpukari), saya hanya dapat menghuraikan yang Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai seorang yang amat tenang menghadapai tohmahan yang di lemparkan kepadanya dan seorang yang dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Beliau sememangnya layak di gelar PEMIMPIN! Saya amat malu dan marah dengan perangai Nizar dan sekutunya Nga sekeluarga yang cuba menaikkan semangat memberontak kepada rakyat Perak. Hasutan demi hasutan di buat di merata Perak untuk KONONYA mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat! Memulangkan kuasa kepada rakyat atau memulangkan kuasa kepada Nizar?Jika seorang yang waras, walaupun dia menggunakan KEPALA LUTUT dia untuk berfikirpun dia nampak akan NIAT BURUK si Nizar, Nga dan kaum kerabat mereka nih.
Tapi malang sungguh, para fanatik PR ni, mereka bersorak2 kegembiraan setiap kali si Nizar mendokan kecancuran bangsa mereka sendiri. Sekarang ni bukan sahaja Nizar malah Hj Nga pun turut sama mendoakan kehancuran orang2 UMNO (MELAYU & ISLAM) yang juga di sambut dengan gumbiranya oleh para fanatik PR terutama PAS (MELAYU & ISLAM) Kalau tak caya pegi ler tgk ceramah2 mereka. Ceramah ke? aku rasa lebih kepada HASUTAN! Aku naik biol bila lihat orang Melayu sendiri bersorak dan bertadbir bila Hj Nga kata nak menghancurkan UMNO (MELAYU & ISLAM). Apa dah jadi nih? Tah la, gunakanla KEPALA LUTUT korang sendiri untuk fikirkan hal ini.
Apa pun berbalik kepada Menteri Besar Perak Dr Zambry, teruskanlah bekerja untuk rakyat. Jangan kita terikut2 retak tarian LUCAH si Nizar, Nga dan kaum keluarga mereka. Mereka tu semua bersaudara (Nizar, Nga, Uncle Ngeh, Anwar, Hadi, Nik Aziz dll.) jadi mereka akan terus berpelukan erat dan mempertahan sesama sendiri. Biasalah adik beradik. Kita sebagai kerajaan yang di lantik oleh Tuanku dan rakyat perlu terus bekerja dan membangunkan negeri kita ini. Banyak lagi rakyat2 miskin yang perlu di bantu, kampung2 yang daif yang perlu di naik taraf, pembangunan ekonomi perlu di meriahkan, uish melambak kerja! Jadi Dr Zambry teruskan lah bekerja. Lagi satu pastikan ahli2 DUN turun padang bertemu rakyat. Turun padang je, tak payah nak bagi tau, biar buat kejutan. Rakyat suka jika pemimpin turun padang menjenguk keadaan rakyat dengan mata sendiri. Bila2 masa je, "kebaboom" pegi pasar tani, bertegur sapa orang2 di situ. Tiba2 lak "kebaboom" lagi muncul lak di pasar malam, misal nya. Jangan di pandang remeh hal ini. Kerana pemimpin yang dekat di hati rakyat, tak perlu berkempen masa pilihanraya pun PASTI AKAN MENANG!
Sekali lagi tahniah Dr Zambry atas sikap "COOL" menangani PENDERHAKAAN yang melanda negeri kita sekarang ini. ALLAH Bersama Orang Yang Benar. Aminnn