Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, April 28, 2009

Musalmah cari saudara kembar


Sumber: Utusan Malaysia

TELUK INTAN 27 April - Walaupun bersyukur dengan kejayaan hidupnya selama ini namun perasaan sedih sentiasa menyelubungi hati Musalmah Mohd. Salleh (gambar), 50 apabila terkenang saudara kembarnya yang terpisah lebih setengah abad itu.

Sebaik dilahirkan, ibunya meninggal dunia, manakala bapanya pulang ke negara asalnya di China.

Sehingga kini beliau tidak mengetahui nama dan tempat tinggal dua saudara kembar perempuannya yang terpisah beberapa tahun lalu.

Bapa angkatnya, Mohd. Salleh Maskon dan ibu angkatnya, Mariam Syed Hussein adalah orang paling berjasa dan bertanggungjawab membesarkannya dalam keluarga Islam.

Musalmah yang kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Darulaman, Jitra, Kedah pernah menuntut di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra pada 1977 hingga 1978.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang saudara kembarnya bolehlah menelefon di talian 019-4109894 dan beliau sedia bertemu saudara kembarnya di mana sahaja apabila mendapat maklumat yang tepat.

Yang Ikhlas,