Hati-hati semua, PAS telah kehabisan modal untuk di permainkan. Tu yg sebuk ngan Jom Heboh je tu. Dan tak habis2 nak hentam Mufti Perak. Tak habis2 Altantuya. Jadi kita semua pro Kerajaan BN kene hati-hati, sebab mereka akan mencari dan mencipta isu2 untuk di permainkan. Blogger2 upahan mereka juga ketandusan isu untuk dipersembahkan kepada pembaca2 fanatik mereka. Sekali lagi hati-hati. Maklum sahaja lah, blogger PR ni, nak tulis kebaikan kerajaan, jauh sekali. Jadi mereka akan sentiasa buka mata dan telinga. Aku rasa, kalau ada yang nampak TPM kita minum air pegang pegang gelas dgn tangan kiri pun akan jadi ISU NASIONAL bagi mereka.
Di sebabkan takde isu jugaklah, mereka sebuk nak cabar Menteri Besar Pahang pulak bubar DUN. Tak cukup ke nak desak kerajaan Perak? Adoyaiiii! Takde kerja lain ke PAS ni. Tak habis2, suka betul berpolitik sampai tak tau aku bila masa derang kerja untuk rakyat. Sebuk tul nak pilihanraya. Seronok nak maki hamun dan doakan kehancuran bangsa sendiri kan. Dan yang hairan nya, perbuatan malas bekerja untuk rakyat ini lah yang di sukai oleh pengikut2 mereka. Apa tak seronok nya, kan seronok maki hamun org, kan seronok mendoakan kehancuran bangsa sendiri, kan seronok menderhaka pada raja. Perkara-perkara mungkar ni memang seronok di buat. Yang melaggar undang2 lagi seronok. Polis kata jgn berhimpun, kat situ jugaklah derang nak berhimpun. Perkara-perkara sebegini sememang dah jadi darah daging PAS dan Pakatan Rakyat. Sikap memberontak tak tentu hala ini adalah amalan mereka dan mereka bangga dengan nya. Sehingga mereka dengan bangga mendidik anak kecil mereka mendemonstrasi jalanan. Hmmm, tah la.