Ini peluang anda untuk mendapatkan penjelasan berkaitan "Krisis Di Perak" yang akan di bincangkan (bincang ke nak gaduh nih? hehe) oleh dua orang peguam iaitu:-
- Datuk Hafarizam Harun - Penasihat Undang-Undang UMNO
- Hanipa Maidin - Peguam PAS
Bertempat di Ipoh Town Hall, Jam 8.00 Malam, 24hb April 2009. Jadi marilah beramai-ramai kesana. Tapi suka di ingatkan, ini medan perbincangan bukan medan perang dan jangan lah buat macam ceramah politik lak dan jangan lah pulak nanti ada suara maki hamun kat sana. Marilah jadi orang dewasa, bukan setakat dewasa umur, tapi dewasa otak dan perbuatan. Pastikan anda ke sana dengan fikiran terbuka. Ok semua, jumpa di sana!!