Pakatan Rakyat terutama PAS memang seronok hal-hal mcam ni. Harap-harap korang ni dalam diam-diam tak bawak anak bini pegi JOM HEBOH jalan-jalan. Hmmm tapi aku nak bagi sikit pandangan 20 sen aku tentang Jom Heboh ni. ISLAM ni mudah sebenarnya, jgn la kita nak susah-susahkan. Kalau kita ni duk selidik macam org giler sampai ke akar umbi, maka kita semua akan keluar ke pejabat TELANJANG BULAT! Kenapa? Sebab, kamu kaji je la, dari mana datang nya beras yang kita makan misalnya, nanti korek punyer korek, maka kita pun dapat tahu yang pengusaha lori yang hantar beras tu ke kedai merupakan tokei judi. Jadi haramke beras tu? Selidak lah jubah yang korang pakai tu, import dari MEKAH! Tapi selepas di selidik dengan giler, kain nya datang dari sebuah kilang yang mana orang ISRAEL memegang 20% saham syarikat tersebut. Maka haram kah jubah tu?
Jadi pada aku simple je, Jom Heboh ni bukan semua nya tak elok, yang di HARAMKAN oleh Mufti Perak dulu tu pun sebenarnya KONSERT pada malam tu. Di Jom Heboh terdapat byk IKS2 Melayu yang menjual barangan mereka di situ, ada juga kem dari bulan sabit, NGO dan byk lagi. Ini semua haram? Jadi jika konsert tu yg korang sebukkan haram, aku ada jalan penyelesaian mudah .... JANGAN PERGI KONSERT JOM HEBOH MALAM TU!!! Apa la nak bising2. Kita hari-hari bila berjalan di bandar misalnya, melambak kita lalu di DISCO2, Kedai2 Arak, Kedai2 Judi dan lain-lain. Perniagaan tu semua haram, tapi kita masuk ke? Kalu kita masuk jugak, KITA YANG BODOH dan TAK KUAT IMAM! Tak perlu nak salah kan kedai tu terconggok kat situ. Kalau tebal iman sesaorang tu di takdirkan datang Perempuan Cantek Bogel pun, kita akan tetap menolak nya. Tapi kalau dah iman tu takde, tak datang pun kita pegi cari. Janganlah duk kutuk habis2 Mufti Perak tu, Jom Heboh pun buat di TLDM, di situ bukan bawah kuasa Kerajaan Negeri. Dan takde apa yang nak hebohkan pun. Kita ambil yang baik, yang buruk tu kita tinggal kan je. Kenapa perlu nak di besarkan semua hal2 remeh macam ni. Akhlak sebahagian budak2 sekarang ni rosak bukan sebab Jom Heboh, mereka kesana sememangnya dah siap2 rosak akhlak nya. Yang best aku ada baca budak PAS cakap, kalau boleh nak "blok" siaran TV3 kat semua negeri Pakatan Rakyat. Hehehehe, aku rasa baik internet pun tak payah la kat negeri2 PR, lagi byk bende haram dalam internet nih! Amacam? Semua apa pun dalam dunia ni, ada buruk ada baiknya. Jadi ambil lah yang baik tu, yang buruk tu kita buang jauh2. Inilah pandangan 20 sen saya.