Banyak aku baca mengenai perkara ini, tetapi malangnya semua di laman pro kerajaan BN sahaja yang nampak nya mahukan perkara ini terjadi demi masa depan umat Melayu di Malaysia nih. Blog upahan Pakatan Rakyat takder pun menyarankan perkara ini malah mereka tidak setuju. Aku heran! derang ni bukan orang Melayu ke? Mengapa mereka sanggup menjual bangsa Melayu demi politik mereka? Inilah yang terjadi apabila nafsu mengatasi minda. Nafsu untuk menjadi ketua, nafsu untuk berkereta besar dan macam2 lagi. Sehinggakan mereka tidak nampak apa yang terjadi di depan mata mereka sendiri.
Sebagai contoh, mereka sungguh bergembira dengan kemenangan di prk Bukit Gantang. Mereka cukup berbangga dengan sokongan bukan melayu terutama cina. Tetapi mereka malu nak mengaku bahawa orang2 cina atau orang2 bukan melayu di sana menyokong mereka sebab apa? Melainkan sebab PAS sendiri menjanjikan penghapusan ketuanan Melayu. PAS secara tidak langsung menjanjikan penghapusan bangsa Melayu. Dan mereka juga telah lihat bagaimana mudahnya PAS di tunggang oleh DAP semasa 1 tahun memerintah Perak. Mana mungkin mereka menolak PAS dengan janji2 ini. Tetapi alhamdullilah, di Bukit Gantang majoriti pengundi Melayu menyokong BN, sekurang-kurangnya ini satu permulaan ke arah yang lebih baik.
Melayu perlu bersatu demi masa depan anak cucu kita. Kita semua kene ingat, perjuangan kita hari ini, bukan untuk kita menikmatinya, tetapi untuk anak cucu kita. Adakah anda semua fikir melayu telah bersedia untuk konsep Bangsa Malaysia seperti yang Pak Nuar anjurkan itu? Jika negara TERMAJU DI DUNIA iaitu USA memerlukan 150 tahun untuk memberi kepercayaan kepada kulit hitam, adakah anda fikir kita sebuah negara membangun bersedia dengan konsep Bangsa Malaysia ini?
Menyentuh sedikit berkenaan Ketuanan Melayu, ia bukan lah bermakna Melayu hendak di julang oleh bukan melayu. Mereka perlu paham akan perkara ini. Ketuanan Melayu di ujudkan hanya untuk menjamin hak-hak keistimewaan yang sememangnya WAJIB di berikan kepada orang Melayu. Kami orang Melayu berhak terhadap keistimewaan ini. Walaupun kerajaan kita mengamalkan Ketuanan Melayu ini, adakah bangsa lain di negara kita di tindas? Kalau kita pergi ke bandar2, premis2 perniagaan milik siapa yang banyak? Adakah bangsa yang tertindas dapat memegang ekonomi sesuatu negara? Fikirkan lah.
Ketuanan Melayu juga tidak menjadikan melayu lebih mundur, ia hanya sebagai pemacu. Mungkin cara pelaksanaan nya perlu di perbaiki, tetapi secara umum konsep itu telah cukup sempurna. Ketuanan Melayu makin di salah erti oleh bukan melayu apabila ia di putar belitkan oleh pembangkang dan di jadikan modal kempen2 pilihanraya. Kepada bukan melayu semua, anda tidak perlu bimbing. Kerajaan senantiasa menjaga kepentingan semua bangsa di negara kita. Janganlah termakan racun perkauman yang di simbahkan oleh pembangkang. Jangan terlalu tamak sehingga nanti kita hidup dalam ketakutan dan tidak tenteram. Keharmonian dan ketenteraman yang kita nikmati selama ini bukan dari hasil perjuangan pembangkang. Mereka ialah punca segala kekecohan yang berlaku di negara kita. Adakah berbaloi untuk mengadaikan ketenteraman ini, hanya untuk melihat seorang manusia lain memerintah negara?
Berbalik kepada perpaduan Umat Melayu, sampai bila kita harus begini. Perpecahan kita menguatkan mereka. Betul dalam QURAN pun tak menyebut melayu, ISLAM yang di tekankan, tapi tidakkah anda fikir, apa akan jadi kepada cucu cicit kita nanti jika hak keistimewaan orang melayu tidak di perjuangkan? Adakah anda mahu jadi seperti di Singapura? Di mana Melayu di Singapura? Jangan menyesal di kemudian hari. Pulau Pinang ialah projek pertama mereka. Pergi ke Pulau Pinang dan lihat di mana orang-orang Melayu.
Sedarlah bangsa ku, mari kita bersatu demi anak cucu kita akan datang. Bak kata pepatah, "BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH" Untuk bukan melayu pula, anda telah dapat hidup dengan aman tenteram selama ini. Janganlah terlalu tamak, mari kita mamah kejayaan negara bersama-sama. Dan selama inipun anda yang merasakan lebih dari kejayaan negara. Tak pernah pulak kami bising. Mari sama-sama fikirkan.