Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 15, 2009

PAS, DAP dan PKR, Jadilah Pembangkang Yang Bertanggungjawab


Aku letih baca artikel2 dalam harakah, blog pak nuar, blog uncle lim kit siang dan blogger2 upahan Pakatan Rakyat yang tak habis2 menentang apa sahaja yang di lakukan atau di rancang oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi salah tak bagi lagi salah. Naik harga bising, turun harga bising. Apa jenis pembangkang lah di Malaysia nih. Dalam satu artikel di Harakah (akhbar yang tak layak di panggil akhbar sebenarnyer, kerana penuh dgn fitnah dan pendapat penulis ala2 blog je) penulis kata "Malaysia di Tahap JAKUN demokrasi" Agak2 kurang ajar je bunyinyer kan, tapi dah aku cakap, ini keluar dari penulis2 yang kununya WARTAWAN tapi hanya sekadar manusia yang tahu menaip je. Dalam penulisan tu, dia kata "Polis dikerah untuk berkubu dan mengawal tempat pilihan raya kecil seperti kawasan perang atau darurat. Khemah-khemah putih ada di mana-mana seolah-olah kita melintasi Padang Arafah di Makkah.

Segala alat kenderaan seperti motosikal berkuasa tinggi, kereta peronda, trak dan bas, kereta penyembur air dan gas ditempatkan di lokasi strategik seolah-olah dalam suasana perang,"

Agak2 korang lah, kenapa kerajaan buat camtu? Kerajaan bukan pendek akal, sebab PAS @ PR sememang terkenal dengan tindakan2 tak berapa berakal seperti menjadi POLIS dengan menahan bas2, bergaduh, provokasi dan lain2 lah yang boleh mendatangkan ketegangan di kawsan itu. Itu hanya langkah berjaga2 untuk keselamatan rakyat. Kalau semua itu takder, aku rasa jumlah yg keluar mengundi takkan sampai 50% pun. Penulis bukan tak tau perkara ini, tapi maklumlah mereka kan PEMBANGKANG, jadi dalam otak derang semua kene bangkang! Bangkang Tetap Bangkang!

Dalam penulisan dia juga ada cakap pasal "Kebebasan Bersuara". Ini lagi satu yang akan menjadi kan negara kita lebih kucar kacir! Agak2 nya sekarang ni tak cukup bebas ke? Dalam blog2 upahan PR, penuh dengan fitnah2, tuduhan2 melulu, gambar2 super impose dan macam2. Nak bebas camne lagi? Nak bebas sehingga, dalam kempen pilihanraya BN boleh cakap "PAS PUKIMAK BABI?" atau PAS pulak boleh cakap "UMNO BABI SIAL BUTUH!" Inikah kebebasan yang anda mahukan? Atau sebab tak boleh sebut nama pelacur ALTANTUYA tu? Tiada kebebasan mutlak dalam ISLAM. PAS takkan tak tahu hal ini. Jika kerajaan tidak mengawal perkara ini, aku percaya kita akan baca dalam akhbar cerita2 dongeng yang amat sedap di baca hanya untuk melariskan jualan akhbar masing2.

Inilah maksud saya, jadilah pembangkang yang bertanggungjawab, bukan pembangkang yang hanya tahu membangkang, yang baik korang bangkang, yang buruk lagi korang bangkang! Pembangkang di Malaysia kene bertanggungjawab ke atas rakyat, kebajikan rakyat WAJIB di utamakan. Kenapa NGEH haritu mengugut cakap jika DUN Perak tak di bubarkan mereka akan mengambil tindakan yang akan mengakibatkan ekonomi Perak lumpuh!  Sekarang ini orang PAS pulak cakap  jika DUN Perak tak di bubarkan, mungkin Perak akan jadi macam Thailand! Inikah pembangkang yang bertanggungjawab? Inikah pembangkang yang memperjuangkan nasib rakyat? Dan aku hairan bagaimana rakyat boleh menerima pembangkang jenis tak berapa berakal seperti ini. Pembangkang yang sanggup menghancurkan negara demi kuasa mereka sendiri!

Adakah rakyat Malaysia sekarang sukakan huruhara? sukakan demonstrasi jalanan? sukakan rusuhan? suka menderhaka? sukakan keganasan? Segeralah bertaubat dan sedar dari kelekaan ini. Jangan lah sampai kita sanggup hidup dalam huru hara semata2 nak memperjuangkan impian para pemimpin kita. Aku hairan sungguh kenapa PAS khas nya di Perak menjadi kemaruk tak tentu hala, seperti orang giler meroyan sejak kejatuhan Kerajaan PR. PAS bukankah memperjuangkan ISLAM, takkan tak paham2 ayat "Sabar Adalah Separuh Dari Iman" Aku ingat PAS semua orang2 yang beriman, salah rupanya tanggapan aku tu. Sabarlah, sabar, buktikan jika benar anda pilihan rakyat, tunggu sehingga pilihanraya umum akan datang, bukan lama lagi pun 2, 3 tahun je. Sejak merdeka korang tak pernah merasa memerintah Perak, takkan tak boleh tunggu 2, 3 tahun lagi.

Lastly, aku harap2 Pakatan Rakyat jadilah PEMBANGKANG YANG BERTANGGUNGJAWAB di atas kebajikan rakyat. Jika kerajaan mahu melaksanakan sesuatu program yang baik, anda wajib menyokong demi kebaikan rakyat. Anda tak perlu rasa bersalah kerana menyokong program kerajaan sebab anda menyokong demi kebaikan untuk rakyat. Bukan kah itu sebabnya anda di lantik sebagai wakil rakyat? Kajilah semula apa itu pembangkang dan jadilah pembangkang yang mengutamakan kebajikan rakyat bukan nya pembangkang yang memperjuangkan kuasa diri sendiri.

Pembangkang sememangnya perlu wujud, tapi jenis pembangkang macam mana yang kita mahu? Fikirkan lah wahai rakyat Malaysia.