Kesian juga kat Rakyat2 Bukit Gantang apabila kepercayaan mereka di CILOK oleh geng2 Pakatan Rakyat yang sememangnya KAKI CILOK. Yang aku geram derang ni tak habis2 nak mengutuk kerajaan. Bila masa yang derang buat kerja, aku pun tak tau la. Sekarang ni setelah agenda nak kekalkan Pak Lah sebagai PM agar mereka boleh pijak2 kepala Pak Lah GAGAL, mereka dah mula mengubah haluan dengan mencuba ketegasan D.S. Najib pulak. Ini peringkat pertama, mereka akan membuat provokasi2 dan mereka hendak lihat apa tindakan dan tahap ketegasan D.S. Najib. Alaaa macam kita masa sekolah dulu la, kalau ada cikgu baru masuk, kita akan cuba buat hal sikit, nak tgk dia jenis garang ke atau jenis yang boleh kita pijak kepala nya.
Jadi aku suka nak ingatkan kat D.S. Najib, agar di peringkat awal ini, jangan lah pulak jadi lembik! setakat bercakap dalam TV "JANGAN DI CABAR SI LEMBIK NI," derang tak der hal punyer, derang ni dah jadi lebih kurang boleh cakap "PENGHURUHARA TEGAR" yang tak makan saman. Hanya tindakan TEGAS dari D.S. Najib di peringkat awal ini, akan dapat membuatkan mereka berfikir panjang sebelum nak membuat huruhara. Jika D.S. Najib mengambil pendekatan "BERLEMBUT" dengan mereka di peringkat ini, maka kita akan lihat lebih banyak perarakan2 haram, perhimpunan2 haram, rusuhan, penderhakaan terhadap Raja2 Melayu, pertikaian hak orang2 Melayu dan pelbagai lagi perkara buruk di lakukan oleh mereka. Oleh itu D.S. Najib mesti berfikap lebih tegas bagi menangani manusia2 seperti ini.
Sedikit nasihat untuk PAS. DAP dan PKR jelas bukan parti Melayu dan mereka ini akan cuba sedaya upaya untuk menghapuskan orang2 Melayu dan Raja2 Melayu, yang hairannya, PAS boleh bersatu dengan mereka2 ini demi inginkan KUASA! PAS mengatakan dia memperjuangkan AGAMA ISLAM bukan MELAYU, tetapi PAS lupa, berapa ramai orang bukan Melayu Islam dalam PAS? ada 50%? Bukankah Melayu adalah kaum paling ramai menjadi ahli PAS? Tidakkah PAS tahu yang jika Melayu tiada, maka Orang ISLAM di Malaysia akan jadi kaum minoriti sahaja! Jangan di tidakkan Melayu dan Islam. Sehinggakan satu masa dulu, kalau orang cina nak kawin dengan orang Melayu, orang2 cina pada masa itu kata, "MASUK MELAYU" Ini bermakna Melayu sememangnya Islam walaupun ader beberapa ekor Melayu (mereka ini tak layak di gelar orang) yang dah murtad. Berani ke orang PAS kalau nampak orang Melayu di mana2 kedai2 kopi misalnya, pergi tanya derang, "En, boleh tanya sikit, en orang islam ke?" Aku rasa dapat penampar la sapa yang tanyer tu (kalau korang tanya soalan tu kat aku KOMPOM dapat penampar) Jadi untuk warga PAS, tengok2 lah sapa yang korang nak ikut tu. DAP dan PKR tu dah sah2 bukan PARTI ISLAM, DAP pulak tolak ISLAM, PKR di pimpin lak oleh seorang MUNAFIK, macam mana PAS yang mahu menegakkan ISLAM "kononnya", boleh bekerjasama dengan DAP dan PKR? sungguh hairan! Janganlah gadaikan AGAMA untuk KUASA DUNIA!
BN kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tetapi BN masih boleh berbangga sebab BN tetap menang undi orang2 Melayu di sana.