Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, April 8, 2009

Sedih Memang Sedih ..


Kekalahan di Bukit Gantang amat menyedihkan aku. Sebab dalam perkiraan setelah melihat keadaan politik tanahair terutama di Perak, sememangnya aku meramalkan BN  akan menang di Bukit Gantang dan Batang Ai tetapi tewas di Bukit Selambau. Tetapi sedih, amat sedih bila dapat keputusan semalam. Kenapa agaknya leh jadi camni? Adakah rakyat Bukit Gantang tidak lagi menerima Sultan sebagai ketua agama dan Negeri Perak ni? Atau BN kalah kerana tidak mendapat sokongan bukan Melayu di Bukit Gantang?

Pada aku, sememangnya BN kalah kerana tidak mendapat sokongan sebahagian orang-orang bukan Melayu  terutama orang cina. Kerana isu yang PR bawa ialah isu kesamarataan antara semua bangsa. PR juga berjaya menambat hati sebahagian orang bukan Melayu dengan isu-isu berkaitan Ketuanan Melayu serta kekebalan Raja Melayu. PR juga mempertikaikan hak-hak orang Melayu yang mana semestinya di sokong oleh sebahagian orang2 bukan Melayu. PR juga berjaya menambat hati orang Melayu sendiri dengan ISLAM. Di mana ISLAM di gunakan secara total dalam kempen2 yang di jalankan mereka.

Kita terima kekalahan dengan hati terbuka, tetapi BN perlu menjadikan kekalahan ini sebagai satu cabaran untuk bekerja lebih kuat dan membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih releven. Barisan kabinet baru nanti harapnya dapat bekerja kuat untuk  memulihkan ekonomi negara, dapat mengawal harga barangan, dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat serta dapat merapatkan kembali perpaduan bukan sahaja dalam Barisan Nasional malah perpaduan rakyat antara semua kaum di Malaysia. Banyakkan projek2 rakyat, yang mana projek2 kecil ini dapat di lihat dan di nikmati oleh rakyat jelata di peringkat bawahan. Janganlah hanya memberi tumpuan kepada projek mega sahaja,  sehingga lupakan projek kecil seperti menurap jalan raya di kampung2 misalnya. Projek kecil2 inilah yang dapat rakyat di kampung2 nikmati hari2 berbanding mega projek seperti Jambatan Pulau Pinang kedua misalnya.

Bukan nak meratapi kekalahan, tetapi kalah di Bukit Gantang ni terasa betul sebab rakyat Bukit Gantang lebih menyanjung PENDERHAKA dari Paduka Seri Sultan Perak.  Apa nak di kata, kita akan lihat mereka (PR) akan jadi lebih sombong dan bongkak selepas ini. Lihat sahaja blogger2 upahan PR dah mula besar kepala. Takpe lah, bak kata orang "Ini Hari Mereka" tapi jangan lupa kata orang lain lak "Sepandai Pandai Tupai Melompat, Akhirnya JATUH Ketanah Juga". Satu hari nanti rakyat akan melihat dan sedar akan segala penipuan dan tektik2 kotor yang mereka (PR) mainkan demi merialisasikan impian mereka.

InsyaALLAH di pilihanraya umum akan datang, kita akan merampas kembali bukan sahaja Bukit Gantang malah Negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang! Kelantan tak pe la, bior le Nik Aziz simpan selagi mana dia nak.