Selamat Bertugas Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam. Pastinya tugas yang mencabar menanti Datuk Seri, tetapi saya yakin dengan pengalaman luas dan kebijaksanaan Datuk Seri. Kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Buatlah apa sahaja, pasti ada yang tak berpuas hati. Ini dah jadi adat manusia. Sama juga di Malaysia, saya yakin apa juga yang Datuk Seri lakukan, pasti mendapat tentangan dari pihak pembangkang. Lepas tahanan ISA, mereka kata nak pancing undi, bebaskan HARAKAH dan SUARA KEADILAN, bukan reti nak berterima kasih, malah Datuk Seri yang di hentam balik. Inilah sikap mereka. Dan mereka akan terus bersikap begini selagi IMPIAN mereka tak tercapai.
Jadi saya rasa tak payan di layan sangat kerenah pembangkang nih, jika di layan jawabnya Datuk Seri takkan dapat membuat apa pun pembangunan di negara kita. Belajarlah dari apa yang berlaku sebelum ini. Tak boleh di buat baik kepada pembangkang nih, derang akan mentafsirkan yang buruk dari kebaikan kita. Lihat sahaja HARAKAH, lihat apa yang mereka tulis. FITNAH masih terus di tulis, Datuk Seri sendiri di hentam di dalam HARAKAH takder hal lain selain dari tanggapan2 buruk terhadap kerajaan. Sememangnya HARAKAH tidak layak menjadi akhbar tetapi sekadar risalah politik PAS. Di harap HARAKAH belajar serba sedikit dari Malaysiakini yang pada saya lebih matang berbanding HARAKAH.
Peruntukan kepada negeri2 di bawah pembangkang juga harus di tapis dan peruntukan seharusnya di beri lebih kepada kawasan yang menyokong kerajaan, bukan menghukum, tetapi rakyat yang menyokong pembangkang perlu lah berharap sepenuhnya dengan pembangkang untuk kemajuan dan berhenti dari meminta2 dari pihak kerjaan BN. Mereka perlu lihat sendiri bagaimana wakil yang mereka pilih bekerja dan memajukan kawasan mereka dengan titik peluh wakil mereka sendiri. Budget perlu di perlebihkan ke negeri2 yang di perintah Barisan Nasional. Percayalah mereka (Pakatan Rakyat) akan melakukan yang sama jika mereka memerintah negara. Wang rakyat tidak harus di limpahkan ke negeri2 pemerintahan pembangkang, projek mega seperti JAMBATAN PULAU PINANG kedua HARUS DI BERHENTIKAN! Projek tersebut hanya lebih menguntungkan kerajaan negeri sahaja bukan rakyat Malaysia seluruhnya, sebaliknya wang yang di peruntukan untuk jambatan tersebut lebih baik di gunakan untuk menghidupkan kembali projek JAMBATAN BENGKOK untuk menggantikan TAMBAK JOHOR. Projek tersebut lebih menguntungkan negara dan rakyat Malaysia. Ini pendapat peribadi saya sahaja, tetapi keputusan di tangan Datuk Seri.
Di harap juga kabinet baru nanti lebih menonjolkan pemimpin2 baru yang lebih releven dengan perjuangan alaf baru. Yang lama tidak pula harus di buang begitu sahaja, pengalaman mereka masih di perlukan oleh pemimpin baru. Jadi saya rasa kombinasi lama dan baru perlu wujud dalam kabinet yang baru nanti.
Lastly, saya berharap sangat ketegasan Datuk Seri dalam menangani masaalah2 yang berleluasa sejak kebelakangan ini. Seperti demonstrasi jalanan, mencabar hak orang2 melayu, mencabar hak raja2 melayu dan mempermainkan AGAMA ISLAM untuk tujuan politik. Perkara2 ini tak harus di biarkan, nescaya kelak kita tak dapat lagi membendungnya dan ia nanti akan terus menjadi budaya kita. Mereka perlu di ajar cara yang betul untuk mendapatkan sesuatu, bukan dengan merusuh, mencabar, memfitnah, menekan kerajaan dan seribu satu macam tektik kotor! Kekurangan SIKAP TEGAS inilah yang menyebabkan mereka naik kepala dan tidak lagi hormat pada undang2 dan amaran pihak berkuasa. Kita tidak lihat perkara ini berlaku semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu. Ketegasan beliau sepatutnya di jadikan inspirasi kepada kita semua demi kemakmuran negara.
Apapun, saya doakan agar Datuk Seri dapat menjalankan tugas dengan BERSIH, CEKAP, TEGAS dan AMANAH. Aminnn .....