KUALA LUMPUR 6 April - Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.
Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.
“Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu,” katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat. - Utusan Malaysia
Aku Komen Sikit:
Aku rasa merotan ni tidak dapat mengubah sikap murid2 nakal di sekolah. Ia mungkin boleh menakutkan mereka sedikit sahaja, tetapi hati2 dengan pemberontakan mereka. Budak2 sekolah sekarang tak seperti dulu, mereka telah hilang rasa hormat dan takutkan guru mereka. Bukan semua tapi bilangan budak2 sebegini semakin bertambah. Aku cuma berharap pihak kementerian ada cara dan bersedia untuk MELINDUNGI guru2 yang di beri kuasa untuk merotan budak2 nih. Dan kementerian juga wajib untuk mengadakan peruntukan GANTIRUGI kepada guru2 ini sekiranya budak2 nakal tersebut merosakkan harta benda guru berkenaan. Maklum sahaja lah, jika tak dapat balas kat guru, kereta guru itu lah akan jadi mangsa nya!
Pendekatan secara kaunseling kepada budak2 bermasaalah ini adalah lebih baik untuk jangka masa panjang. Kaunseling bukan sahaja dari guru kaunseling, malah dari pihak berkuasa seperti POLIS aku rasa amat berkesan untuk menyedarkan budak2 ini. Ibubapa mereka juga WAJIB mengambil bahagian dalam proses kaunseling ini. Pembabitan ibubapa juga akan menjadikan kaunseling itu lebih bejaya.
Perlu di ingat, budak2 ni masih mentah dan kadangkala tidak tahu cara nak melepaskan perasaan. Mereka mungkin ada masalah dan tidak tahu kepada siapa yang mereka hendak mengadu. Kepada guru2 semua, dekatilah murid2 anda, cubalah menjadi RAKAN mereka selain dari hanya seorang guru kepada mereka. Nescaya mereka akan lebih bersikap terbuka kepada anda. InsyaALLAH ...