Berita Harian: Mutakhir

Thursday, April 30, 2009

Teruskan Bersama Rakyat! Go BN GO!


Kampung Semariang Batu, Kuching, TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer untuk melihat dan mendengar sendiri keluhan penduduk Kampung Samariang Batu dekat sini yang sering mengalami masalah banjir.

Beliau bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan diiringi Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Jemut Masing tiba di kampung itu pada pukul 4.30 petang dan disambut oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof.

“Sebenarnya kampung ini mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek tebatan banjir dan pembinaan jeti. Muhyiddin juga menyokong projek ini dan meminta dilaksanakan segera,” kata beliau.

Hebat, sungguh hebat. Pemimpin berjiwa rakyat amat di hargai. Rasa sendiri kesusahan rakyat. Inilah contoh yang perlu di ikuti oleh semua pemimpin. Syabas!!


Di Parit Sulung, Johor pula, Datuk Noraini Ahmad berkata, setiap bulan beliau akan mengadakan program pemeriksaan mata dan kesihatan secara percuma khusus untuk golongan yang memerlukan.

''Kita juga akan pergi dari rumah ke rumah, terutama bagi melawat dan memberi rawatan percuma kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang sukar bergerak dan tiada keupayaan untuk hadir ke balai raya atau dewan di mana program itu dilaksanakan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Wah murni sungguh! inilah yang kita mahu dari seorang pemimpin. Pemimpin perlu turun padang dan membantu rakyat yang memilih mereka. Tahniah Datuk Noraini! Teruskan usaha murni ini!

Yang Ikhlas,