Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, May 27, 2009

Bantuan Di Perlukan (27/05/09)

Derita Azli dapat perhatian

KOTA BHARU 26 Mei - Azli Azmi dari Kampung Teluk Chat di sini sudah berusia 23 tahun, namun pemuda itu kini bagaikan kembali ke alam kanak-kanak kerana seluruh keperluannya diurus oleh ibunya.

Bekas pekerja sebuah hotel di Kuala Lumpur itu diserang jangkitan kuman pada tulang sendi lebih setahun lalu yang menghalangnya untuk bekerja dan memaksanya terlantar di rumah.

Sehubungan itu, mereka yang bersimpati dengan penyakit yang dihidapinya boleh menghubunginya di talian 012-9651621.


Warga emas uzur rayu rumah dibaiki

JERANTUT 26 Mei - Sejak merdeka, sepasang warga emas yang tinggal di sebuah pondok usang di Kampung Bantai, Hulu Tembeling, dekat sini tidak pernah mengenali erti kesenangan, apatah lagi mengecap kemewahan.

Abu Zaman Yusup, 98, dan isterinya, Robiah Mat Alim, 86, meniti sisa-sisa hidup mereka umpama 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang' tanpa sebarang pembelaan daripada pihak yang berkenaan.


Remaja, dua kanak-kanak perlu sumbangan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan serta dua kanak-kanak malang yang mengalami masalah jantung memerlukan sumbangan keseluruhan sebanyak RM103,000 daripada orang ramai bagi membiayai kos pembedahan mereka.

Ketiga-tiga mereka mengalami masalah jantung yang berlainan serta jumlah sumbangan diperlukan juga tidak sama. Nurshahira Hamidan, 13, memerlukan RM25,000 bagi menukar ‘bateri tambahan’ (pacemaker) yang dimasukkan ke jantungnya sejak berusia sembilan tahun.

Sumbangan boleh dibuat menerusi cek kepada Harian Metro dengan mencatatkan nama Nurshahira Hamidan, Tee Hui Lian atau Angel Bong Yie Teng di belakangnya dan dihantarkan kepada Tabung Kebajikan NSTP, Unit Kebajikan, Bahagian Kewangan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.


Yang Ikhlas,