Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, May 27, 2009

Puasa lah, tak salah pun


PAS nak puasa sunat dan munajat, sila kan lah. Takde salahnya. Sebab orang UMNO atau orang Islam lain pun boleh puasa gak. PAS puasa nak mintak bubar DUN Perak, UMNO lak puasa sunat untuk memohon kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Negeri Perak ni. Kita hamba ALLAH, kita boleh memohon kepada NYA apa sahaja. Puasa lah selama mana pun. Tapi tolonglah jangan lupa tanggungjawab anda sebagai Wakil Rakyat. Sekali lagi aku ulang, RAKYAT tak memilih kamu untuk sebuk siapa yang nak jadi MB di Perak. Tanggungjawab kamu ialah membela nasib rakyat yang memilih kamu. ISLAM juga menuntut kita menjadi orang yang bertanggungjawab dan amanah. 

Mari aku bagi contoh mudah, jika seorang Islam bekerja dengan seorang kafir, dan dia melepak di dalam waktu kerja, itu juga salah! Itu juga TIDAK AMANAH nama nya. Bahkan jika bersembahyang di dalam waktu kerja pun kita perlulah mempercepatkan sedikit sembahyang tu. Bacalah surah2 yang pendek dan sebagainya. Kalau nak berdoa lepas sembahyang pun doa lah yang pendek2. Itu contoh dalam kehidupan seorang rakyat jelata, ini pulak kamu semua para ADUN, kerja kamu bukan nak sebuk dgn perjuangan membubarkan DUN Perak! Kerja kamu bukan MOGOK LAPAR, kerja kamu semua ialah memastikan rakyat yang memilih kamu di perjuangkan nasibnya.

Aku bukan ustaz atau alim ulama macam semua orang PAS, tapi aku suka ingatkan kamu semua dan aku sendiri, jangan di pergunakan Islam untuk kuasa politik. Islam itu suci, jagalah kesucian Islam. Jangan kita cemari Islam dengan mulut kita yang kotor! dengan hati kita yang busuk! dengan niat kita yang mahukan kehancuran sesama kita! Kami juga orang Islam. Apa yang membuatkan kamu rasa kamu lebih Islam dari kami? Kita bersembahyang menghadap kiblat yang sama, kita juga mengucap perkara yang sama. Kita sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan. Aku tak paham kenapa orang-orang PAS anggap diri mereka lebih baik dari orang UMNO. Adakah seorang dua ahli UMNO mengamalkan rasuah misalnya, menjadikan semua ahli UMNO itu perasuah? Jika begitu, PAS juga jangan bersahabat dengan PKR dan DAP sebab ada ahli2 mereka yang telah di buktikan mengamal rasuah. Adakah dalam PAS tidak ada seorang pun yang mengamal rasuah? Jangan terlampau riak begitu. Mungkin Nik Aziz tak makan rasuah, tapi anda yakin 100% tidak seorang pun ahli PAS yang mengamalkan rasuah? TAK MUNGKIN!

Yang Ikhlas,