Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya, begitulah kenyataan D.S. Najib di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Adakah ini tanda Negeri Perak akan melalui pilihanraya sekali lagi? Adoi mak aiiii!!! harap-harap tak la. Aku dah naik bohsan dengan pilihanraya nih. Kenapa kita tak jadi cam negara2 maju tu, lepas pilihanraya semua kerja, dah takde dgr pilihanraya kecil la, lompat parti la, keluar parti la macam-macam hal! Kita di sini tak habis2 dengan politik. Menang bising! Kalah lagi bising! Tak tau apa lagi yang mereka nak.
Istilah "Yang Berhormat" untuk para ADUN juga aku rasa patut di tukar kepada "Yang Berkhidmat" itu lebih tepat. ADUN semua di pilih oleh rakyat, kalau di anggap ini sebagai satu syarikat, Sultan ialah Pengurusi Syarikat, Rakyat adalah Pengarah Syarikat, manakala ADUN adalah Pengurus Syarikat. Pengurus bekerja mentadbir syarikat bagi pihak Pengerusi dan Pengarah. Tapi situasi di Perak ni dah terbalik la pulak, cakap dan perintah Pengerusi tak di ambil kisah oleh Pengurus. Pengarah pulak yang kene kerja untuk kesenangan Pengurus. Ini apa kes nih! dah tonggang terbalik!
Terkona lak, berbalik pada pembubaran DUN Perak nih, aku benar2 berharap tak payah la. Kami rakyat Perak ni tak la apa sangat pun. Sekarang ni pun kami macam biasa je, kene pergi kerja carik duit. Takder pun kecoh macam yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat. Yang menimbulkan huru-hara ni ialah mereka (Pakatan Rakyat terutama PAS dan DAP) sendiri. Apa pun aku yakin Paduka Seri Sultan Perak akan membuat keputusan yang adil dan demi kepentingan rakyatnya. Apa juga keputusan Sultan Perak akan kami junjung. Kami bukan penderhaka macam Nizar. "Nizar And The Gangster" juga tidak reti nak bekerja untuk Rakyat Perak. Dah menang pilihanraya bukan tahu nak majukan negeri, yang mereka tahu ialah nak belagak jadi MB, belagak dgn CAMRY 2.4, bongkak dengan kuasa dunia. Kebajikan rakyat di "longkangkan" Inilah hasil dari pemilihan mengikut hati yang marah. Aku yakin rakyat Perak tak berani lagi nak mengundi dgn cara itu. Sekarang baru tahu apa rasa nya bagi kuasa kat Pakatan Rakyat. Jgn kata sepenggal, dalam masa tak sampai setahun derang dah mula buat giler! Ada beran lagi ka mau kasik derang memerintah?
Sekali lagi aku harap tak perlu la di ikut rentak tarian jijik Pakatan Rakyat yang mahukan pembubaran DUN Negeri Perak. Mereka semua giler kuasa. ISLAM bukan lagi perjuangan mereka. Nik Aziz berkata Pas akan bekerjasama dengan UMNO jika ISLAM jadi perjuangan UMNO. Apa punyer statement la, Nik Aziz lebih rela berpeluk dan memuja DAP dan PKR yang menentang penubuhan Negara ISLAM dari UMNO yang merupakan saudara se AGAMA dan BANGSA nya sendiri. UMNO lebih memperjuangkan ISLAM dari PAS. PAS sudah hilang arah tuju, menyuruk di belakang nama ISLAM. PAS dah sesat jauh! Kalau nak berceramah, di mulakan dengan ayat suci AL-QURAN, tapi lepas tu maki hamun orang, aibkan orang, menuduh tanpa bukti. PAS dah jadi sebijik macam ANWAR IBRAHIM. Munafik terhebat di bumi Malaysia. Yang anihnya pengikut PAS masih menerima kemungkaran ini. Hairan, inilah namanya FANATIK! Bila dah FANATIK, tak nampak lagi buruk nya, semuaaaaaaaaaa baik. Kesian aku dgn nasib pengikut PAS.
Last last aku seru kepada BN negeri Perak agar tidak menerima usul membubarkan ADUN. Membuang masa dan duit rakyat! Singkirkan Nizar dan mari mula bekerja untuk rakyat. Majukan negeri kita ini. Kita di dalam bencana ekonomi paling buruk abad ini, adakah anda fikir ini masa yang baik untuk menghabiskan masa dengan politik? Mari semua buat kerja! Sudin dalam cerita "Ali Baba" ada cakap "Unta padang fasir pun takda malas macam kamu daaaa"