Selamat Hari IBU,
Sememangnya kita wajib menyayangi IBU kita sepanjang masa, tetapi pada hari itu, kira istimewa sikit la. Aku rasa semua para IBU di Malaysia ni sama je, macam ada manual pesanan IBU, antara pesanan yang kerap di ingatkan kepada kita ialah "belajar rajin-rajin", "jangan tinggal sembahyang", "hormat orang tua", "ingat jasa orang", "jaga tutur kata", "jangan mencuri", "jaga maruah keluarga" dan semua lah yang baik-baik. Tapi persoalan aku satu je, kita sayang kan IBU kita, tapi ada ke kita ikut pesanan2 dia tu?
Lihat contoh di blog2 kita, macam mana? apa yg kita tulis? kita boleh lihat perwatakan kita dari penulisan kita. TERSERLAH! Aku masih baru dalam arena BLOG ni. Tapi aku dah tgk macam2 hal dalam ni. Marah! Geram! Seronok! Suka! Syok! Menyampah! macam-macam adaaaaa. Kita lupa pesan IBU kita bila tiba kepada "blog". Kita hilang rasa kasih sayang, hilang rasa hormat menghormati, hilang tutur kata yang baik bila tiba kepada "blog" Bila aku sebut "KITA" termasuk lah AKU!
Selamat Hari IBU,
Hari IBU yang hadir pada hari AHAD MINGGU KEDUA SETIAP BULAN MEI akan kita sambut, masa tu kita akan bawak IBU kita makan yang sedap-sedap, belikan hadiah, belikan bunga yang cantik lagi harum, berikan ciuman. Tapi marilah kita sama-sama cuba memberikan satu hadiah yang pada aku merupakan hadiah yang paling IBU kita mahukan, iaitu KITA MENDENGAR DAN MELAKUKAN PESANAN-PESANAN NYA! Marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya untuk hormat menghormati, menjaga tutur kata, menjaga adat, menjaga amalan dan yang paling penting ialah menyayangi dan menjaga kebajikan IBU kita hingga akhir hayat kita.
SELAMAT HARI IBU, jasamu IBU hanya dapat di balas oleh ALLAH, tidak dapat dinilai dengan wang ringgit walau sebanyak mana sekali pun. Dan ingatlah, SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU!