Huhuhu, aku mulakan tulisan aku ni dgn ketawa sebab aku memang tergelak bila baca kenyataan Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS (selepas ini di sebut "Husam Masam") ketika mengulas kepada Utusan Malaysia tentang "persahabatannya" dengan Anwar Ibrahim (selepas ini desebut "Pak Nuar Kilang Kunyit"). Aku paste kan kat sini yang menarik Husam Masam cakap kat Utusan.
Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO.''Anwar matlamat dia untuk menumbangkan UMNO dan itu juga perjuangan saya untuk lebih 30 tahun. Maka kenapa saya tak boleh berkawan dengan beliau.
Apa yang gelakkan? Tu ha, perjuangan dia tu. Kamu semua tak rasa cam tak berapa pandai ke bila seorang pemimpin atasan sebuah parti yang kononya memperjuangkan ISLAM berkata perjuangan nya ialah menumbangkan UMNO? Perjuangan nya menumbangkan sebuah parti milik penuh bangsanya sendiri (Orang Melayu) dan yang seagama dengan dia (ISLAM)! Agaknya si Husam Masam ni bukan org Melayu kut. Dalam kad pengenalan dia tang keturunan tu kosong je kut, sebab maklumla dia hanya orang Islam, bukan orang Melayu.
Berbalik kepada perjuangan si Husam Masam dan Pak Nuar Kilang Kunyit, "MENUMBANGKAN UMNO" aku tak pernah lagi dengar seorang pejuang politik memperjuangkan kejatuhan parti lawan nya. Sirius! Aku terpegun dengan kurang bijak nya statement si Husam Masam nih. Kalau tak silap aku, sebuk PAS mencanang ke serata dunia bahawa mereka memperjuangkan ISLAM. Nik Aziz sendiri kata kalau UMNO juga memperjuangkan ISLAM dia akan sokong UMNO, tapi saja alasan je tu. Nik Aziz sendiri tahu PAS dah kelam kabut, perjuangan PAS tah apa-apa dan Nik Aziz tahu UMNO lebih memperjuangkan MELAYU dan ISLAm dari PAS. Hari tu si Nizar Penderhaka kata dalam dewan DUN Perak, PAS TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM, sekarang si Husam Masam pulak kata PERJUANGAN NYA IALAH MENUMBANGKAN UMNO.
Inilah orang yang kamu semua (fanatik PAS) pilih sebagai pemimpin. Dia bukan nak memperjuangkan kamu semua, tetapi perjuangannya ialah menumbangkan UMNO. Itu pun kamu semua masih sokong mamat nih dan parti lawak yang di kenali sebagai PAS nih. Aku pun tak paham. Pada aku, pemimpin yang aku nak ialah pemimpin yang boleh memperjuangkan nasib bangsa aku, agama aku dan negara aku. Ini yang D.S. Mufti Perak cakap, kamu semua boleh berpeluk dengan orang kafir yang bukan sebangsa dengan kamu, yang secara terang2 menentang perjuangan asal kamu iaitu ISLAM, tetapi kamu membenci dan mahu memusnahkan orang yang sebangsa dan seagama dengan kamu.
Aku memang tahu Pak Nuar Kilang Kunyit bukan memperjuangkan rakyat, walaupun dia menjerit2 maki sana sini, fitnah tahap babun nak tunjukkan point yang dia kononya memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Sekarang "rakan karibnya" si Husam Masam dah kasik tahu apa sebenarnya perjuangan beliau dan Pak Nuar Kilang Kunyit. Busuk betul hati kamu semua. Hina betul aku tengok kamu semua. Inikah sikap orang ISLAM? Giler tul, pala aku macam nak pecah memikirkan apa yang korang nampak dalam parti Putar Alam Shah ini. Ahhh sendiri fikirlah. Kamu fikir ALLAH akan memberkati perjuangan kamu semua? Perjuangan memusnahkan bangsa dan agama kamu sendiri! Jangan guna pala lutut untuk berfikir.