Aku suka nak cadangkan beberapa perubahan yang perlu di buat khasnya di Negeri Perak Darul Ridzuan ni sebab aku anak jati Perak. Byk perkara yang rakyat Perak kene ubah, antara nya aku senarai kan di sini. Dan aku harap korang leh terima, mari kita berubah demi kabaikan kita bersama.
- Sikap menyokong sesebuah parti atau pemimpin dengan membabi buta (sikap fanatik), sehingga pemimpin itu seperti di puja bagai tuhan pulak rasanya. Manakan tidak, semua yang para pemimpin yang mereka sokong buat, semua nya betul. Tiada yang salah, pemimpin mereka maki hamun orang, BETUL! pemimpin mereka mempermainkan ayat suci AL-QURAN, BETUL! pemimpin mereka melemparkan tuduhan tanpa bukti (fitnah), BETUL! Inilah sikap yang menyebabkan sejak kebelakangan ini banyak huru hara berlaku di Perak.
- Bukakan minda bila berdepan dengan sebarang isu, bila minda di buka, barulah kita nampak betul dan salah nya. Yang menjadi masalah nya sekarang ni, ramai antara kita yang berfikiran terlalu sempit sehingga kita bertindak mengikut perasaan. Minda tidak lagi di gunakan untuk menilai isu-isu ini.
- Belajarlah menghormati antara satu dengan lain. Walau apa juga situasi nya, kita perlu berbalik kepada ADAP kita sebagai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia terkenal dengan kelembutan dan nilai2 ketimuran kita. Tetapi sejak kebelakangan ini, ADAP kita dah hancur! Ada di antara kita tak lagi tahu mengormati sesama kita, tidak menghormati keputusan mahkamah, tidak menghormati Mufti, malah tidak menghormati RAJA!
- Adat Resam perlu di ingat. Ini telah juga HANCUR! Kerana berlainan pendapat, kita membuang ADAT! Mana adat kita bila berhadapan dengan Raja kita? Mana adat kita bila kita bercakap dengan seorang MUFTI? Bukan orang Melayu sahaja, orang Cina, India juga ada adatnya sendiri. Semua bangsa di Malaysia mempunyai adat resam masing2. Dan aku rasa tak satu pun bangsa di Malaysia ini yang adat nya menyuruh kita bersikap kurang ajar.
- Belajarlah menerima hakikat. Sikap ini telah makin luntur. Kita terlalu sukar untuk menerima hakikat, lebih-lebih lagi hakikat itu tidak menyebelahi kita. kita telah dewasa, negara kita dah merdeka lebih 50 tahun. Kita konon nya mahu mengikut contoh negara maju seperti USA, tetapi kita sendiri tak mahu berfikiran dan berkelakuan seperti orang negara maju. Bila menang, anda mahu orang semua terima hakikat tersebut, tapi bila kalah, anda sendiri yang tak mahu terima hakikat nya.
- Jangan jadi seperti budak-budak. Dewasalah, lihat sahaja Sidang DUN 7hb Mei 2009 yang lepas, macam budak2 samseng! Adakah ini sikap pemimpin yang memimpin kami rakyat Perak? Hancur beb kalau camtu!
- Belajarlah menilai diri sendiri. Kita meluangkan terlalu banyak masa untuk menilai orang lain, sehingga kita terlupa untuk menilai diri kita sendiri. Kita sebuk mencari silap orang, sehingga kesilapan diri kita sendiri, kita tak nampak. Kita beranggapan bahawa semua orang buat salah, kita sahaja yang betul. Sedarlah, perbuatan kita itu akan memalukan kita satu hari nanti.
- Jagalah lidah (tutur kata). Kerana mulut (kata-kata) badan binasa. Lidah lah anggota yang amat berbahaya! Sebab itu ALLAH menjadikan lidah duduk dalam mulut dan di tutup oleh dua bibir! Tapi kita masih terus membuat tuduhan2 tanpa bukti (fitnah), kita masih suka mengaibkan orang, kita masih suka menipu, kita masih gemar memutarbelit dan seribu satu macam perkara yang buruk menggunakan lidah ini.
- Jangan TAMAK! Kenapa perlu tamak? Saya cakap untuk semua, bukan sahaja pemimpin, tetapi kepada rakyat Perak, Orang Melayu, Cina, India dll. Kenapa perlu tamak? kenapa anda semua takut dengan hak orang Melayu? Adakah kerana hak ini anda di tindas? Aku dah kasik contoh sebelum ini, aku nak ulang semula. Kerana aku seorang peniaga, aku kasik contoh tentang perniagaan. Jika syarikat Melayu dapat sesuatu projek, misalnya projek membina tempat parking kereta. Kontraktor Melayu itu akan membeli bahan binaan tentunya dari orang Cina, dan bila nak menurap jalan parking tu, biasanya orang India lah yang pakar. Jadi kita sama-sama dapat meratah bahagian masing2. Mungkin Kontraktor Melayu tu dapat 50% tetapi orang Cina dapat gak 30% dan India dapat jugak 20% dari projek tersebut. So tak perlulah nak tamak2. Dah terlalu lama kita hidup bersama, takkan baru sekarang anda rasa di tindas?
Aku rasa ini pun dah cukup, kalau kita dapat ubah perkara2 ini, aku rasa kita akan terus hidup aman damai. Bukankah itu matlamat kita? Kita semua mahu hidup aman bahagia. Ada ke sapa2 yang suka hidup tak habis2 dengan bergaduh sesama sendiri? Buka kan minda, jangan hanya kerana saya penyokong kerajaan BN, anda menolak pendapat saya bulat2. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.