Berita Harian: Mutakhir

Friday, May 29, 2009

Kak Min janji dedah rahsia PKR


Dari Berita Harian:
BUKIT MERTAJAM: Aminah Abdullah, calon Bebas pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berjanji akan membuat 'kejutan besar' mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika parti itu terus memfitnahnya. 

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu berkata beliau tidak akan teragak-agak berbuat demikian terutama jika Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim terus menerus mengecamnya. 

"Kak Min akan tengok rentak mereka dulu sebelum mendedahkan peristiwa lama yang menunjukkan sikap sebenar pemimpin PKR walaupun mengaku memperjuangkan keadilan.


Komen M-2Day:

Untuk Kak Min, jika Kak Min seorang yang betul2 memperjuangkan kebenaran, tak perlu tgk "rentak mereka dulu", Kak Min WAJIB mendedahkan segala kemungkaran PKR kepada rakyat Malaysia. Ini bukan soal kemenangan Kak Min tapi tanggungjawab Kak Min sebagai rakyat Malaysia dan kebenaran. Jika Kak Min tahu mereka (PKR) melakukan pembohongan atau apa sahaja, Kak Min terhutang kepada rakyat Malaysia. Kami berhak tau, takkan Kak Min hendak biarkan rakyat Malaysia di tipu selama-lamanya. Sekali lagi saya berharap Kak Min dedahkan segala kemungkaran PKR dalam perjuangannya. Bak kata Mr Karpal "Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country," "Anwar mesti bertaubat,". Jika benar Kak Min ada bukti, Kak Min boleh membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk melihat siapa PKR yang sebenar.

Yang Ikhlas,