Berita Harian: Mutakhir

Thursday, May 28, 2009

KETIDAKCERDIKAN Pemimpin PR

Beberapa kenyataan akhbar yang TIDAK CERDIK dari pemimpin pembangkang:

Pertama:
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kedua:
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng," katanya.
Ketiga:
Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci," katanya.
Keempat:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, krisis politik di negeri ini akan berterusan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan.

''Saya tidak yakin satu sidang khas DUN Perak akan diadakan. Saya tidak beri jaminan perjalanan DUN itu akan berjalan lancar malah saya rasa perkara lebih teruk akan berlaku,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas menanam 'pokok demokrasi' itu.
Sumber:
Utusan Malaysia, Klik Sini & Sini

Komen M-2Day:

Pasal Chin Peng ni sepatutnya tak perlu di panjangkan lagi dah. PM dah buat kata putus untuk TIDAK membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Tak kira lah Chin Peng tu saudara Lim Kit Siang ke, atau saudara Nizar. Kepada Salahudin Ayob, kamu nak kerajaan pergi jumpa Chin Peng? Kamu giler apa ni ? Kerajaan nak melutut jumpa Chin Peng yang telah menyembelih beribu orang Melayu? Untuk Mustafa Kamil apa punyer orang la kamu ni, nak sama kan Chin Peng dgn semua orang putih. Kalau J.W.W. Birch masih hidup, kamu ingat Kerajaan Malaysia akan membenarkan dia masuk Malaysia? Apa punyer otak la. Untuk komen DAP tu aku tak heran la, komunis mesti la sokong kalau nak bawak balik BAPAK KOMUNIS ke Malaysia. Nizar lak, inilah pemimpin yang suka kan huru hara dan kekecohan. Sapa pilih si Nizar ni, sama je perangai nya dgn Nizar iaitu TIDAK CERDIK!

Yang Ikhlas,