Terkejut gak aku bila dapat tahu hal ni. Dah NYANYUK ke apa Nik Aziz nih. Nak ajar orang jgn rasuah, boleh lak terima rasuah? Blur beb! Boleh lak yek camtu. Nik Aziz ni aku heran gak, hari tu back-up giler2 si ELI BOGEL. Sampai muslimat PAS menangis2 peluk si ELI BOGEL! Sekarang ni dia buat kenyataan akhbar yang amat best, aku amik sikit dari Berita Harian:
"Boleh jadi ada sungguh (politik sogokan dalam Pas). Kalau ada (gejala sogokan), saya sangat dukacita kerana Pas adalah wadah kita memperjuangkan Islam yang mengharamkan rasuah."Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan Pas, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan).
Boleh yek camtu, amik duit org kasik rasuah tu, ini hukum baru nih. Takke memberi dan menerima rasuah tu salah. Korang pegi la tanyer SPRM, MEMBERI dan MENERIMA RASUAH SAMA JE KESALAHAN DAN HUKUMAN NYA. Kenyataan Nik Aziz ni menarik sebab Mursyidul Am PAS, MENGGALAKKAN AHLI-AHLINYA MENGAMALKAN RASUAH! Wah terel tul PAS sekarang. Semua ada dalam PAS sekarang misalnya penderhaka, penipu, pemfitnah dan terbaru PERASUAH! Tahniah! Pepatah Orang Putih ada berkata "Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih"
Aku dah tak tau la apa nak cakap, ni budak2 fanatik PAS ni mesti la konar2 kan kenyataan Tuan Guru kesayangan mereka nih. Mesti ada yang cakap, buat jahat untuk kebaikan takper kut. Huhuhu, apa kata kita ajar si pencuri dengan kita pergi mencuri rumah si pencuri tu? Boleh ke Tuan Guru Nik Aziz?
Sila baca sendiri kenyataan Nik Aziz di Berita Harian. klik SINI.