TAHNIAH! Tahniah kepada PM kerana berani mengambil langkah yang tak mungkin di buat oleh mana2 PM sebelum ini. Sememangnya mengikut sejarah, kita (BN) tak pernah TIDAK BERTANDING di mana2 juga pilihanraya. Tetapi D.S. Najib begitu berani dengan keputusan nya. Dan aku rasa memang ini keputusan yang SANGAT BAIK! Buat apa di layan puak2 penderhaka tu. Kalau di layan, lepas Penanti tak tau lak kat mana derang nak buat hal. Dah muak la woiii fanatik Pakatan Rakyat! Cam nak muntah dengan sikap korang yang asyik nak berpolitik dan ber pilihanraya sepanjang masa. Korang ambik je la Penanti tu, lepas tu nantikan je la apa akan jadi dgn nasib pemimpin pujaan kamu semua iaitu Anwar Ibrahim.
Nasib D.S. Nizar (angan2 nak jadi MB Perak) dan D.S. Anwar Ibrahim (kes liwat meliwat nya) adalah lebih menarik pada aku dari pilihanraya Penanti. Korang simpan je la Penanti tu. Tunggu pilihanraya umum ke 13 nanti kita baru bertarung. OK?!?! Kami semua di Barisan Nasional mahu buat kerja dan membangunkan negara demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kamu boleh la pegi sana semua buat ceramah2, maki2 org UMNO, carut2 org UMNO ahhhh buat je la apa2 kamu orang nak. Jadilah korang bak kata pepatah Seperti ANJING menyalak GUNUNG! ANJING jadi cam bodoh sakit tekak, GUNUNG steadyyyy je, takder hal!
Aku tak tau la apa yang orang sokong Pakatan Rakyat nih. Mengarut tak habis2. Tapi tak pe la, aku doakan moga2 satu hari nanti korang nampak jugak kebaikan dan ketelusan perjuangan UMNO dan parti2 komponen Barisan Nasional. Matlamat BN ialah memerintah negara dalam keamanan. Tak guna kalau negara kita maju tetapi rakyat hidup dalam ketakutan, dan huru hara. Ok la, TAHNIAH sekali lagi kepada PM kerana mengambil langkah yang bijak. Bertanding di Penanti adalah sesuatu yang membuang masa dan membazirkan duit rakyat je. PKR sebagai penyandang kerusi di sana biarlah mereka kekal di sana. Kita ada kerja yang lebih penting untuk di laksanakan. Rakyat sedang berhadapan dengan ekonomi yang sgt buruk sekarang, kami perlukan bantuan kerajaan untuk membantu kami menghadapi saat2 kesusahan ini.