Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, May 26, 2009

Selamat Pulang Tuanku Sultan Selangor!


Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah selamat pulang ke tanahair dari California, Amerika Syarikat semalam selepas menjalani pembedahan jantung pada 1 Mei yang lalu. Baginda juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh hamba rakyat kerana mendoakan baginda ketika baginda manjalani rawatan di US. Tak perlu berterima kasih Tuanku, sudah menjadi tanggungjawab kami hamba rakyat untuk mendokan kesejahteraan Tuanku. Semoga Tuanku cepat sembuh dan dapat membimbing kerajaan Selangor kearah kesejahteraan hamba rakyat khas nya di Selangor.

Petikan dari Utusan Malaysia:
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, buat masa ini baginda dinasihatkan oleh doktor supaya berehat dan tidak menjalankan tugas-tugas rasmi serta aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan selama tiga bulan.

''Tuanku berjanji apabila kesihatan baginda pulih seperti sediakala, baginda akan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan negeri Selangor dan rakyatnya bertambah maju ke tahap yang lebih cemerlang dan berkualiti.

''Tuanku turut mendoakan semoga seluruh rakyat khasnya rakyat negeri Selangor sentiasa diberkati Allah dan hidup dengan penuh muhibbah, harmoni, bersatu-padu, aman dan makmur," katanya.
Selamat pulang Tuanku, semoga cepat sembuh, DAULAT TUANKU!

Yang Ikhlas,