Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, May 26, 2009

Email Dari Pembaca (3)

Dari Hidup Islam (25hb Mei 2009):
en m-2day, aku cuma nak betulkan cakap2 kamu. tuduhan kamu kebanyakanya tidak berasas. Kamu perlu tahu PAS perlu bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk mencapai matlamat kami, iaitu untuk menegakkan Islam di Malaysia. UMNO ternyata gagal dalam memperjuangkan Islam. Di negara kita maksiat masih berleluasa. Rancangan TV penuh dengan maksiat! Ini salah satu contoh kegagalan UMNO. Rasuah melanda di dalam kerajaan. Dari PM sehingga la ke budak pejabat. Adakah ini yang kamu pertahankan? Kerajaan yang penuh dengan kemungkaran. Lihat saja isteria-isteri pak menteri yang kamu sanjung itu, boleh kata semua tak pakai tudung. Jika isteri mereka sendiri tak boleh mereka jaga, macam mana la mereka nak menjaga rakyat? Kamu sebuk meminta org berfikiran terbuka, apa kata kamu juga membuka fikiran kamu. Buka mata dan lihat.
Dari khairul (26hb Mei 2009)
daripada feedback yang diperolehi oleh m2day tu, saya rasakan kegampangan penyokong PAS yang terangan mendoakan kehancuran pihak UMNO yang nyata didalamnya orang MELAYU dan ISLAM. Yang paling menggampangkan adalah dia mendoakan UMNO dan ahlinya hancur dan masuk neraka jahannam. Kepada UMNO si** tu, kamu tu yang tak sayang mulut. Cakap la sesuka hati kamu. Yang berdosa itu kamu, kamu yang menyampaikan fitnah menuduh UMNO itu ahli neraka, apakah anda maksum sampai boleh menjatuhkan hukum kepada orang lain ? bukankah syurga dan neraka itu hak ALLAH. kenapa mesti anda mengatakan "kamu semua akan mati dan di bakar dalam neraka jahanam! blog kamu hit pun cam si**" inkah ayat yang patut keluar dari mulut orang yang memperjuangkan hak rakyat? Apa anda ingat al-banjari tu bagus sangat ? sedarlah wahai saudaraku, kita tak lama didunia ini. Kalau anda fikir anda layak untuk berkata pasal politik, masuk jadi calon pilihanraya jangan hanya pandai berbincang politik kedai kopi sahaja. Anda mengeluarkan pendapat, pendapat emosi, bukan pendapat minda yang hakiki mahupun rasional. Ingat satu jadi menghala kepada orang lain selebihnya akan menghala kepada kita
Komen M-2Day:

Terima kasih di atas komen dari para pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Untuk saudara 'Hidup Islam' Takkan kita nak salahkan kerajaan sebab TV semua tu. Bagaimana pula dgn internet? Apa anda fikir kerajaan juga patut menghentikan atau menghapuskan internet di Malaysia? Internet ialah sumber segala macam kemungkaran. Gambar2 lucah, judi, penipuan berjuta macam keburukan ada di internet. Adakah anda fikir wajar kita hapuskan internet di Malaysia? Sama juga hal nya di Malaysia, memang ada kedai judi, arak, disco tapi di Malaysia juga ada Masjid untuk umat Islam beribadat. Jadi semua nya balik kepada kita. Mana jalan yang anda pilih? Tentang rasuah tu, selagi kita ni di namakan manusia, selagi itu gejala ini takkan dapat di hapuskan. Kita hanya boleh membendungnya dari menjadi lebih teruk. Dan tuduhan2 yg mengatakan PM rasuah semua tu hanya tuduhan kosong atau fitnah. Mana buktinya? Jika ada, aku sendiri akan kutuk PM dan pastikan dia berundur dari kerajaan. Sila kemukakan bukti yang sah.

Kepada saudara Khairul, terima kasih di atas sokongan saudara. Bersamalah kita memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara kita.

Yang Ikhlas,