Oleh Mohammad Ishak dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my
JERTIH: Pertemuan dua kanak-kanak bersaudara untuk melepas rindu selepas beberapa bulan terpisah berakhir tragedi menyayat hati apabila mereka ditemui lemas dalam kolam ikan milik keluarga di Kampung Pak Mentosa, Tembila, dekat sini, semalam.
Kehilangan Munirah Abd Ghafar, 3, serta anak saudaranya, Akil Akma Syukri, 2, hanya disedari ibu Akil, Norazila, 22, yang juga kakak Munirah apabila mendapati dua bersaudara itu tiada di rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurut Norazila, dia yang runsing dengan kehilangan anak dan adiknya itu mencari mereka di sekitar rumah sebelum melihat kedua-dua mangsa terapung di kolam ikan milik bapanya di belakang rumah.
Komen Sikit:
Saya nak ucap takziah pada keluarga mangsa, tetapi saya juga nak mengajak kita semua agar lebih berhati2 apabila tiba dengan perkara keselamatan anak2 kita. Tambahan anak kecil seperti magsa di atas. Mereka baru 2 dan 3 tahun, takungan air memang akan menjadi tarikan pada kanak2 berusia begini. Tak kira kolam ikan atau longkang, kanak2 memang suka main air. Kita juga perlu tahu kanak2 boleh lemas dalam air sedalam hanya beberapa inci sahaja! Kadang kala kecuaian kita yang menyebabkan tragedi sebegini berlaku. Maaf bukan nak menuduh ibubapa kanak2 di atas ini cuai, tetapi rasanya jika telah tahu ada kolam ikan yang dalam dan tidak berpagar seperti itu perlulah kita pastikan anak2 kecil tu sentiasa di dalam pandangan kita. Sekali lagi aku amat simpati dgn keluarga di atas, semoga tabah menghadapi ujian ini.