Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 18, 2009

Ponteng Sekolah Dah Parah!


Pelajar ponteng lepak di surau

JASIN 17 Jun – Sekumpulan 20 pelajar di dua buah sekolah menengah berhampiran Taman Merlimau Utara di sini, dikesan ponteng sekolah dengan menjadikan surau, rumah kosong dan kawasan ladang kelapa sawit sebagai lokasi melepak.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin, Cif Inspektor Sa‘adon Sabirin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan segelintir pelajar sekolah itu.

Komen M-2Day:

Tahniah untuk PDRM Jasin, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Tindakan ini harus dan WAJIB di contohi oleh semua pihak berkuasa di seluruh negara! Dah naik muak tengok gelagat budak2 yang kononya "samseng"sekolah nih. Mereka dah tak segan silu lagi memonteng dan melepak di mana juga. Merokok dah tak jadi hal. Tak kisah lagi org tua ke sapa ke, dunia ini milik mereka. Aku sendiri dah berapa kali halau budak2 merokok ni dari lepak tepi rumah aku. Kekadang rasa nak penampar je, tapi kita ni ada undang2. Sebelum pegi sekolah, lepak dulu tepi longkang hisap rokok. Macam le bagus sgt. Kalau ikut rasa hati memang dah kene budak2 tu tapi sebab ikut akal, setakat halu je la.

Jadi nya pihak2 berkuasa seperti di Jasin ni patut di contohi. Dan aku harap jangan la hanya untuk sehari dua je, tak perlu operasi, nampak sahaja budak2 ni, sila la ambil tindakan. Orang ramai tiada kuasa dalam undang2 untuk menahan mereka ni. Kalau report polis pun belum tentu budak2 ni lepak situ lama. Jadi nya, harap2 pihak2 berkuasa tolong lah anak-anak kita nih. Mereka ni masih boleh di bentuk. Tapi jika di biarkan beterusan begitu, maka kita akan lihat nanti lebih byk kerosakan akhlak di kalangan budak2 ni bila mereka membesar nanti. Tahniah sekali lagi. Polis Ipoh, MBI dan lain-lain agensi di Ipoh jgn TIDORRRR jerrrrrrrrrrrr! Bangunnnn!!!

Yang Ikhlas,