Berita Harian: Mutakhir

Thursday, June 18, 2009

Nik Aziz Pencinta Kebencian

Apa lagi nak kita gelar manusia yang tak suka kan keamanan dan perpaduan demi keutuhan umat Islam di Malaysia tercinta ni selain "Pencinta Kebencian". Inilah Nik Aziz atau lebih senang di panggil Tuan Guru. Guru apa? guru kebencian, guru kemusnahan, guru kehancuran dan guru perpecahan umah. Nik Aziz rela PAS "di kuda" oleh DAP dan PKR dari bekerjasama dengan UMNO untuk menegakkan dan memperkasakan Islam dan Bangsa Melayu. Siapa sahaja yang membantah cakap nya akan di herdik, di halau dan di hina, nasib yang sama menimpa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila kesediaan beliau untuk mempertimbangkan hasrat UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS.

Nasharudin di halau dari PAS oleh Tuan Guru. Aku guna perkataan halau, sama je la dgn ayat "Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu." Kenapa lah agaknya Nik Aziz begitu bencikan UMNO? Nik Aziz tak dapat memaafkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang2 menentang perjuangan PAS selama ini! Dulu PAS di hentam teruk oleh DAP, tapi kenapa Nik Aziz boleh memaafkan DAP tapi tidak UMNO? Ya Tuan Guru, kita bukan malaikat, kita manusia biasa. Janganlah terlalu sombong dan bongkak. Apa Tuan Guru ingat di Malaysia ni Tuan Guru sahaja lah yang bijak dalam hal ehwal Islam? Nik Aziz lebih suka Nizar dari Nasharudin, sebab Nizar suka buat kecoh, suka bergaduh, menimbulkan kebencian org, sombong, tamak dan penderhaka.

Aku nak tengok sejauh mana ketelusan PAS dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia. Ini lah masa nya untuk kita semua menilai, SIAPA PAS sebenarnya.


Yang Ikhlas,