Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, June 23, 2009

Tiada Kerajaan Perpaduan

Pakatan Rakyat menolak idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Memang dari mula pada pendapat peribadi aku idea tu seperti angan2 dan impian yang TIDAK MUNGKIN menjadi kenyataan. Kita perlu sedar apa perjuangan sebenar Ketua Umum Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim, jika impian kerajaan perpaduan ini nak jadi kenyataan senang je, OFFER kat Anwar Ibrahim dia jadi PM dan AKU JAMIN 200% kerajaan perpaduan akan terlaksana. Sebab apa? sebab itu leh impian Anwar Ibrahim ... nak jadi Perdana Menteri Malaysia!

Jadi lupakan lah impian itu wahai para pemimpin atasan UMNO dan BN. Jangan lah membuang masa, anda tahu perbuatan kita ini akan di gunakan oleh mereka sebagai modal untuk mengenakan balik UMNO dan BN. Bak kata Anwar Ibrahim,
Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."
Jadi tak pe la, biarlah UMNO dan BN yang memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Kesalan aku ialah terhadap PAS yang lebih "sayangkan" PKR dan DAP. Bagaimana Nik Aziz @ PAS dapat menerima PKR dan DAP kemudian menuduh pula UMNO menolak ISLAM? PARIA pun tak cakap putar belit macam Nik Aziz. Tapi inilah manusia yang di sanjung oleh semua pengikut PAS. Dulu PAS kata org UMNO ikut telunjuk Tun DR M, sekarang aku nampak para pemimpin PAS yang macam beruk hilang telor untuk mengubah haluan PAS yang dah bengkang bengkok. Selagi tidak ujud seorang "wira" dari kalangan pemimpin atasan PAS yang berani menentang kebongkakan Nik Aziz, selagi itu lah PAS akan menjadi KUDA TUNGGANGAN PKR dan DAP. Takbir !!!

Yang Ikhlas,