Berita Harian: Mutakhir

Thursday, July 9, 2009

Pemansuhan PPSMI Jejas Masa Depan Anak-anak, Kata Dr Mahathir


PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. .......

Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui sains dan matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya. .......


Komen M-2Day:

Aku nak komen sikit je, aku setuju dgn pandangan Tun M. Matematik dan Sains tidak mengganggu atau memberi impak kepada penguasaan Bahasa Melayu, lagipun byk istilah2 math dan sains yang di gunakan dalam BM tu "di ceduk" dari bahasa Math dan Sains itu sendiri. Jadi pada aku apa yang sepetutnya dilakukan oleh kerajaan untuk mempertabatkan Bahasa Melayu ialah dengan memberi lebih tumpuan kepada perkembangan BM itu sendiri. Jika Math dan Sains di benarkan di ajar menggunakan bahasa ibunda masing2 (Melayu, Cina dan India) adakah ini mempertabatkan BM? Dan dari sudut politiknya, keputusan ini menampakkan kerajaan "tunduk" kepada tekanan dari pihak2 yang mengambil kesempatan. Dan keputusan ini akan di gunakan oleh mereka sebagai rujukan dan panduan untuk melakukan semula segala rusuhan dan perhimpunan untuk mencapai matlamat dalam perkara2 lain pula nanti. Akhirkata aku memang tak setuju keputusan ini.

Yang Ikhlas,