Berita Harian: Mutakhir

Thursday, July 9, 2009

Bantulah Mereka


Derita belum berakhir

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Keluarga kepada seorang bayi perempuan berusia 16 bulan bulan merayu bantuan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu membolehkan bayi itu menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini.

Khaira Raihana Noor Azman dari Kulim, Kedah dilahirkan tanpa dubur, memiliki satu buah pinggang dan terbaru disahkan menghidap jantung berlubang. ..............

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sepakat di Tingkat 2, Bangunan Mahkamah Munisipal Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Lorong Kampung Jawa, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth atau menelefon 04-3332155.


Anak pasangan daif terbiar

PARIT: “Sebagai jiran, saya merayu kepada orang ramai bagi mengurangkan penderitaan yang dialami mereka. Itu sahaja yang saya mampu lakukan,” kata Embang Ngah Abdul Rahman, 67.

Embang adalah jiran kepada pasangan warga emas Abdul Hamid Kulup Natin, 65, dan isteri, Salmah Ahmad, 41, serta dua anak mereka Rashidah, 16, dan Mohamad Hairil Abdul Hamid, 10, yang kini terpaksa hidup serba kedaifan dan tidak terurus di sebuah rumah usang di Kampung Padang Marhum, di sini. ............

Sesiapa yang bersimpati terhadap keluarga ini, boleh menghulurkan sebarang bantuan atau mengunjungi mereka di alamat Batu 14 ½ Kampung Telok Bakong, Lambor Kanan 32800, Parit.


Yang Ikhlas,