Berita Harian: Mutakhir

Friday, July 31, 2009

Pembangkang (Pakatan Rakyat) Yg BODOH!


Sedih aku, aku rasa para pembangkang kerajaan di Malaysia ni yang paling LOW CLASS dalam dunia. Aku nak lihat la negara kita ada pasukan pembangkang yang berkualiti dan tahu apa yang di perjuangkan. Bukan seperti pembangkang di Malaysia sekarang, main bangkang je, semua apa pun yang di buat kerajaan, semua di bangkang. Yang baik untuk rakyat pun di bangkang, kerajaan turun harga barang pun di kritik. Cam BODOH! Sori la kan pakai perkataan2 camtu, tapi tak saba dah tgk perangai derang ni.

Yang terbaru akan dtg ni pulak, di sebabkan dah tak tau apa nak buat, so nak buat la perhimpunan hapuskan ISA (Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini lagi satu KEBODOHAN para pembangkan atau Pakatan Rakyat. Para penyokong PR tak tahu betapa ISA ni dah banyak membantu mereka. ISA perlu ujud demi menjamin keharmonian negara. Kalau di luar negara, kerajaan mereka tidak ada ISA tetapi para perisik mereka banyak "menghilangkan" sesiapa yang di dapati boleh mambawa bahaya kepada negara mereka. Aku tahu kenapa para pemimpin Pakatan Rakyat ni beria2 nak hapuskan IAS ni, sebab byk ahli2 mereka yang membuat fitnah, memburuk2 kan negara, menghasut dan byk lagi perkara2 yang boleh membahayakan keamanan negara kita ni. Jadi tu pasal desak kerajaan hapuskan ISA. Supaya mereka lebih senang dan berani membuat tohmahan2 dan hasutan2 yang lebih dahsyat lagi!

Sebagai contoh, seorang ADUN Negeri Perak yang kerjanya hanyalah berblog dgn nama glemer nya CINA ISLAM, dlm satu post di blognya, dia siap mengajar pengikut2 nyer cara2 nak berdemontrasi jalanan! Wow, ADUN ni wakil rakyat kan? wakil rakyat itu ke kerja nya? Mengajak dan mengajar org untuk membuat huru hara? Dah maju sangat ke kawasan Titi Serong yang di wakili CINA ISLAM ni, sehingga banyak tul masa untuk berblog dan mangatur rancangan menghuru-harakan negara? Aku rasa org seperti ini patut di tahan di bawah akta ISA. Penulisannya tu merupakan HASUTAN kepada rakyat untuk memberontak. Harap2 pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan terhadap orang-orang macam ni.

Bukan tak boleh nak protes, tapi kita bukan di USA atau Jerman. Kita orang Malaysia. Kita ada adat kita yang unik. Sikap kita yang lemah lembut dan budi bahasa kita juga merupakan sesuatu yang tidak ada pada bangsa-bangsa lain. Carilah jalan yang lebih baik dan berhemah untuk mencapai apa yang anda perjuangkan, bukan dgn cara mendemontrasi jalanan seperti ini. Aku dah komen pasal PPSMI sebelum ini. Aku dah agak perkara seperti ini pasti akan terus berulang selagi kerajaan melayan setiap desakan mereka. Kerajaan perlu ingat, yang mendemontrasi jalanan tu bukan suara rakyat Malaysia. Kita ada hampir 30 juta penduduk, yang si bodoh2 mendemonstrasi jalanan tu berapa orang? 100 ribu? Katalah 100 ribu, adakah 100 ribu itu boleh di katakan suara rakyat? Lihat di akhbar2 komen dari pembaca, ramai juga yang tak setuju PPSMI di hapuskan (sebagai contoh)

Inilah akibat dari kelembutan kerajaan. Kerajaan perlu TEGAS! BERANI! ISA perlu di teruskan untuk menangkap mereka2 yang menjadi gunting dalam selimut di negara kita! Sesiapa sahaja yang membuat huru-hara dan membahayakan negara patut di tangkap di bawah ISA, bukan hanya orang Pakatan Rakyat. Jika desakan hapuskan ISA ini DI LAYAN kerajaan juga, kita akan lihat nanti berbagai demonstrasi jalanan lain akan mengikut. Pihak KDN perlu tegas! Hapuskan manusia2 yang suka menghuru harakan negara kita nih! Kami rakyat Malaysia nak hidup aman damai! Orang yang tak suka ISA ini ialah orang yang suka buat salah!

Last sekali aku harap kerajaan dan pihak polis jangan hanya memberi amaran, lakukan tugas anda. Mereka ini sengaja mencari isu untuk di mainkan. Tegas lah! Jangan bagi muka pada manusia yang tak reti bersyukur dengan ke amanan yang di nikmati di negara kita ini. Mereka semua buta tuli dan terlalu BODOH untuk melihat, lihat lah apa jadi di Thailand, Indonesia, Filifina, Iraq, Afganistan dan banyak negara Islam lain di dunia. Kita hidup aman damai di Malaysia. Perompak, pencuri, perasuah, peragut, pembunuh memang ujud di negara kita, tapi ada ke kat negara di dunia ni yang takder semua tu?

Tolonglah JANGAN HADIR pada perhimpunan hapus ISA pada 1 Ogos ni, perhimpunan itu akan menjadi demonstrasi yang akibatnya anda di tangkap atau terperangkap dalam rusuhan. Perhimpunan itu di anjurkan oleh SI BODOH untuk SI BODOH. Anda bukan SI BODOH kan?

Yang Ikhlas,