Berita Harian: Mutakhir

Sunday, January 10, 2010

AJAIB !! Apabila Api Bertukar Jadi Duit !!


Najib Umum Peruntukan RM500,000 Kepada Gereja Yang Diserang Bom Api

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini yang rosak kerana dibaling bom api bagi membolehkan pihak pentadbiran gereja membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.

Perdana Menteri berkata ia adalah sebagai tanda simpati kerajaan terhadap apa yang telah berlaku dan peruntukan itu akan disalurkan kepada pihak Assembly of God agar mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.

"Ini adalah sokongan kerajaan...ini adalah tanda keikhlasan kerajaan dan saya harap semua pihak akan bersikap tenang".

"Kerajaan amat komited untuk menjaga keadaan yang harmoni dan hubungan yang baik antara kaum dan agama di dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan yang dialami oleh gereja itu dan pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh ramai yang hadir.

BERNAMA

Sungguh ajaib!! Api boleh tukar jadi duit! Adakah lepas ini lebih banyak GEREJA-GEREJA, KUIL-KUIL dan lain-lain rumah ibadat bukan Islam akan terbakar dengan tiba-tiba?!?!? Untung jugak nampak nya gereja tu terbakar atau di bakar, PM kasik RM500k, duit insurang lagi, derma orang2 kristian lagi. Hmmmm ...

Yang Ikhlas,