Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, January 27, 2010

Akta Baru Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


Datuk Seri Rais Yatim telah meluluskan "Akta Baru" dalam kementeriannya. Akta baru ini di namakan "Maki Hamun dan Mintak Maaf" di jangka akan di guna pakai secara besar-besaran oleh blogger2, terutama blogger2 upahan PAS, PKR dan DAP. Tak lupa juga pera pengkomen di Youtube, Facebook, Twitter dan banyak lagi laman seumpamanya. Akta yang di gubal oleh Rais Yatim ini seperti memberi "Lampu Hijau" dan galakan kepada para pemaki hamun, penyebar fitnah dan penderhaka2 di seluruh negara agar lebih hebat lagi memaki hamun dan mencaci sesiapa sahaja di internet termasuklah Agama Islam dan Raja2 Melayu.

Mengikut "akta" baru ini, sesiapa sahaja boleh memaki hamun, memfitnah sesiapa sahaja di internet dengan syarat selepas itu, penulis tersebut mesti menarik balik artikel maki hamun tu dan meminta maaf secara terbuka kepada sapa yang dia maki tu.

Jadi tohmahan2 dan cakap2 blogger2 upahan PR yang mengatakan mereka tidak selamat lagi untuk menulis di blog2 mereka adalah tidak tepat sama sekali. Malahan sekarang mereka di beri kebebasan HAKIKI untuk menulis apa sahaja yang mereka suka, janji ...... MINTAK MAAF!

Lastly saya pun nak mintak maaf kat RAIS YATIM kalau2 dia tersinggung dengan penulisan saya ini. Jangan marah Datuk Seri, saya dah mintak maaf. PEACE!

Yang Ikhlas,