Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, January 26, 2010

Inilah Punca Orang Hilang Hormat Pada Kerajaan !!!


Tiada Tindakan Terhadap Penulis Blog Yang Mohon Maaf: Rais

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.


Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.


Komen M-2Day:

Sikit je aku nak cakap, korang pikir lah betul2. Pada aku inilah punca kenapa rakyat semakin tidak hormatkan kerajaan. Tak hormat maksud aku tak takut atau tak ambil kisah dengan amaran2 kerajaan. Derang tahu kerajaan senang di tundukkan. Cakap je apa nak cakap, lepas tu mintak maaf, dah settle. Esok bukak blog baru, cakap lagi bende2 karut. Inilah "siaran ulangan" yang sering di putar tayang sejak dari zaman Pak Lah dulu. Kalau korang masih ingat lagi budak CINA bernama Namwee. Budak Namwee ni dengan selamba mengubahsuai lagu NEGARAKU dan dengan selamba juga mengutuk kerajaan, pihak polis dan yang paling hebat mengutuk ISLAM! Tapi dengan mudahnya dia dtg ke balai polis lepas tu mintak maaf. Tutup cerita dia. Jadi aku nak tanyer, siapa yang akan menghormati sebuah kerajaan yang begitu mudah di lembikkan hanya dengan "MINTA MAAF"

Nanti akan ada orang edar dadah, then "MINTAK MAAF", kita nak lepas gak? Di Thailand tahun lepas, seorang rakyat dia kene penjara 10 Tahun hanya kerana meninggalkan komen menghina Raja Thailand. Dan pengadilan dapat dibuat kalau tak silap dalam masa tak sampai sebulan!

Yang Ikhlas,