Berita Harian: Mutakhir

Sunday, January 24, 2010

Benarkah Dewan Perniagaan Melayu Perak Mahu Membantu Peniaga Melayu di Perak?


Sekali lagi aku nak cerita apa yang berlaku pada diri aku sendiri. Kali ni kesah Dewan Perniagaan Melayu Negeri Perak (DPMM Perak). Aku ni ahli baru DPMM Perak. Yang Dipertua DPMM Perak ialah Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah. Kisahnya bermula bila aku dapat satu sms dari kawan aku yang juga seorang ahli DPMM Perak, dia cakap Datuk Don (Gelaran untuk Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah) tengah ubahsuai opis baru untuk salah satu syarikatnya di Medan Gopeng, Ipoh. Adalah dia cakap satu hal ni. Aku pada esok nya kebetulan ada urusan di Medan Gopeng. So aku pun pegi le carik2 mana la opis Datuk Don yang kawan aku cakap tu. Last2 lepas dua tiga call kat kawan2 aku, maka jumpa ler opis yang di maksudkan tu.

Apa yang menarik kawan aku cakap tu??? Mak aiiii rupanya betul!! YANG DI PERTUA DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI PERAK pakai orang@kontraktor CINA untuk ubahsuai pejabat!!! Ayoyo!! apa sudah jadi Datuk Don ku?!?! Datuk seorang pemimpin Dewan Perniagaan Melayu yang sepatutnya membantu peniaga2 Melayu di Perak ni, alih2 Datuk sendiri pakai kontraktor CINA, pehal Datuk? Apa sudah jadi dengan perjuangan? Sepatutnya sebagai orang teratas di DPMM, Datuk menunjukkan contoh kepada ahli2 lain agar kita bantu membantu sesama sendiri. Baru peniaga2 Melayu boleh maju seperti orang CINA!

Ini bukan cerita rekaan, sebab aku nak kepastian, aku tanyer kat CINA tu, CINA tu kata ini Datuk punya bini punya kedai. Bini dia pun, aku rasa tentulah Datuk Don tahu hal ni. Takkan la bini dia buat apa2 tak citer dgn dia kan. Ini lah masalah orang Melayu kita ni, cakap berkobar2, tapi kita sendiri jugaklah yang tak percaya kemampuan bangsa kita sendiri. Sedih aku tgk hal ni. Aku rasa ni tahun terakhir aku akan ikut DPMM. Takder makna. Kalau ketua nya bersikap camtu, macam mana kami anak buah ni nak percaya dgn DPMM? Apa guna masuk DPMM? Cakap bukan main lagi, siap ada direktori perniagaan ahli2 DPMM untuk kami gunakan sesama sendiri, tapi BOSS nya carik CINA jugak untuk ubahsuai kedai dia. Ini yang kita nampak, yg kecik2, apa pulak jadi kat projek yang besar2 tu?

Aku akan hantar salinan penulisan ini kepada Menteri Besar Perak, sebab dia penaung DPMM Negeri Perak, MB juga banyak membantu DPMM, aku cuma dah tak percaya, adakah bantuan dari Kerajaan Negeri di manafaatkan untuk ahli DPMM atau untuk kocek orang2 atas DPMM je! Perbuatan atau tindakan kita menunjukkan sikap kita. Maka inikah sikap Yang Dipertua DPMM Negeri Perak? Lebih suka membantu peniaga CINA dari peniaga MELAYU yang dia sendiri wakili?

Harap2, hal ni sampai terus kepada DR Zambry.

Yang Ikhlas,