Berita Harian: Mutakhir

Monday, January 25, 2010

Zambry atau Nizar: Mahkamah buat keputusan 9 Februari

25/01/2010 6:43pm

PUTRAJAYA 25 Jan. – Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin?

Jawapannya akan diketahui apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari ini.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.


Komen M-2Day:

Aku cuma berdoa agar para hakim yang terlibat dalam kes ni membuat keputusan dgn adil dan dgn fakta. Di harap juga lah mereka mengiktiraf sistem Raja Beperlembagaan yang di gunapakai di negara kita ni. Apa pun keptusan yang di buat, jangan lah rakyat melatah. Terimalah keputusan ini dengan hati dan fikiran yang terbuka. Lepas dari saat tu nanti, apa kata kita tumpukan pulak tenaga kita pada kemakmuran dan kebajikan rakyat Negeri Perak. Dah naik MUAK aku tgk politik Negeri Perak ni khasnya. Kalau berpihak pada BN, jgn la Nizar dan rakan2 kembali GILER MEROYAN! Berilah kerjasama pada BN dan mari buat kerja.


Yang Ikhlas,