Berita Harian: Mutakhir

Thursday, January 28, 2010

Ibarahim Ali Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah


Rabu Januari 27, 2010

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah

KOTA BAHARU: Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian.

"Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi.

Forum itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan anggota panel terdiri Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai seorang lagi panel manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara Datuk Profesor Dr Hussin.


Komen M-2Day:

Tahniah kepada JAGUH PASIR MAS, YB. Dato' Ibrahim Ali . Beginilah caranya kalau orang benar2 ikhlas nak berbakti untuk rakyat. Bukan dgn mempolitikkan semua bende. Tahniah juga kerana mahu menggunakan pendekatan cara lebih ber TEMADUN dgn menggunakan mahkamah. Kalau puak2 PAS tentulah DEMONSTRASI JALANAN pilihan mereka. Tak salah jika kita tak bersetuju dgn kerajaan, tapi gunakanlah cara yang bertemadun begini. Ini tak, buat kain rentang mengutuk kerajaan! Ajak rakyat sembahyang hajat berdoa kemusnahan kerajaan. Apa semua ni? Harap2 orang Kelantan nampak dan dapat bezakan mana satu PEJUANG SEBENAR mana satu BADUT TUNGGANGAN.

Apa pun, harap rakyat Kelantan desak kerajaan korang tu terima dulu RM20 Juta tu, tuntutan lain boleh buat selepas tu. Bukan sikit tu, macam mana kalau kerajaan pusat ubah fikiran tak nak beri 1 sen pun kat Kelantan? Amacam? 20 Juta tu dapat membantu rakyat Kelantan yang memerlukan. Mana tahu di masa hadapan bila kerajaan pusat lihat orang Kelantan menghargai pemberian ni, derang akan tambah jadi RM50 Juta lak! Fikir-fikirkan lah. Dan satu lagi, untuk rakyat Kelantan khas nya, banyak2 kan lah berdoa yang baik2 untuk saudara seagama korang. Mati nanti kita semua ke tempat yang sama. Ingat sket.

Yang Ikhlas,