Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, January 6, 2010

Lagi Memerlukan Bantuan

Berita 1:
MACHANG: “Selepas suami menderita penyakit lelah kronik, kehidupan kami serba kekurangan, malah hidangan harian termasuk seekor ikan selar terpaksa dikongsi empat beranak semata-mata mahu menjimatkan wang,” kata Mazizull Mohd Nawi, 41.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia kini buntu mengenangkan nasib keluarga selepas suami, Ramli Samat, 53, terlantar sakit akibat penyakit dihidapi.

Menurutnya, Ramli yang selamat menjalani pembedahan di leher di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), empat bulan lalu kini sudah terlantar selama 110 hari di rumahnya di Kampung Pangkal Gong, dekat sini.



Berita 2:
KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu berdoa untuk melihat keajaiban berlaku ke atas anak saya,” kata ibu bayi malang, Dammea Darwisya Mohamad Zaki, empat bulan, yang mengalami masalah jantung berlubang sebulan selepas dilahirkan.

Dammea Darwisya yang menjalani pembedahan jantung semalam memerlukan bantuan orang ramai bagi kos pembedahan dan rawatan susulan yang mencecah RM45,000.

Ibunya, Farrah Abdillah, 31, berkata anak keduanya itu tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah jantung ketika dilahirkan dan hanya disahkan menghidap masalah itu ketika berusia sebulan selepas mengalami masalah sukar bernafas.



Orang ramai ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirim cek atas nama Harian Metro, manakala nama pesakit ditulis di belakang cek dan dihantar kepada Juruwang Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, 31, Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

Yang Ikhlas,