Berita Harian: Mutakhir

Tuesday, January 12, 2010

Syurga Di Bawah Kaki Ibu ...


Penangan ibu kandung

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

ALOR STAR: “Hang (awak) tengok la apa depa (mereka) dah buat kat aku,” kata seorang lelaki kepada adik perempuannya sambil menunjukkan kecederaan dialaminya akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Adiknya, Aniza, 38, ketika ditemui berkata, sebelum kejadian Azri yang tinggal di Kampung Bukit Tok Alang bertandang ke rumah ibunya di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang masih bujang pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia Ogos lalu selain berbincang mengenai harta keluarga.


Mungkin bila baca berita ini, kita dah rasa tak peduli dgn ayat "SYURGA DI BAWAH KAKI IBU" kepada ibu yang sanggup buat anak dia cam tu kan. Tapi ini lah dunia sekarang, anak sembelih bapak, mak siram anak dgn asid, laki bunuh bini, bini bunuh laki, anak bunuh anak, mak bunuh anak, ibubapa bunuh anak sendiri, macam-macam! Aku rasa dah macam duduk dalam hutan lak kita ni. Buat je apa kita nak. Pegangan agama insyaallah dpt menguatkan semangat kita untuk mengharungi liku-liku kepayahan hidup zaman skrg. Ingat hukum ALLAH, dan gunakan hukum akal. Berfikir sebelum bertindak, itu akan menjadikan kita lebih mulia dari BINATANG!

Yang Ikhlas,