Berita Harian: Mutakhir

Friday, January 15, 2010

Aduan Saya Pada MBI dan Pejabat SUK Perak


Salinan Aduan Saya Pada MBI dan Pejabat SUK Perak:

ini bukan aduan, tapi lebih kepada pertanyaan dan rasa tidak puas hati saya dan saya rasa saya bercakap bagi ramai umat islam di bandaraya ipoh ni. Sebagai umat Islam, kita ada tanggungjawab menjaga aurat, ini di WAJIBKAN! tidak boleh di perlekehkan. Sebagai rakyat negeri Perak dan penduduk bandar Ipoh, saya berhak di atas kemudahan2 yang di sediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyak terutama rakyat di Ipoh.

Jadi soalan saya kenapa Kolam Renang MBI yang terletak berhampiran Stadium perak tu MELARANG / TIDAK MEMBENARKAN pengguna memakai baju atau seluar ketika mandi di kolam renang tersebut? Adakah MBI @ Negeri Perak menyediakan kolam renang tersebut KHAS untuk orang bukan Islam? Mana hak kami untuk menikmati kemudahan ini? Kami juga membayar cukai, kami rakyat NEGERI PERAK yang tinggal di IPOH! Kenapa melarang kami dari menggunakan kemudahan ini? Saya sendiri pernah di halau keluar dari kolam kerana memakai seluar ketika mandi di kolam tersebut, nak suruh saya pakai seluar dalam? Nak suruh anak bini saya pakai SEPENDER @ SELUAR DALAM? Saya orang Islam!

Saya pernah mengajukan hal ini sebelum ini, jawapan dari pihak MBI ialah dia meminta saya carik tempat lain atau option lain. Katanya mereka tak bagi pakai baju sebab nak jaga keselamatan. Hmmmm heran lak saya, sebab saya bukan tak pernah mandi di kolam renang, di hotel2 misalnya, boleh je mandi pakai baju, takder masalah pun. Dan saya tak pernah dgr org mati sebab keracunan dari baju yg di pakai ketika mandi di kolam renang. Apa masalah sebenarnya?

Byk lagi nak di tanyakan, tapi buat masa ini harap2 dapat penjelasan mengenai perkara ini. Atau larang sahaja umat islam dari masuk ke kolam renang tu, tulis papantanda "UNTUK ORANG BUKAN ISLAM SAHAJA!" habis cerita.

Saya bukan apa, cuma terkilan bila kemudahan2 ini tidak dapat kita Umat Islam menggunakan nya. Kita juga ada hak ke atas kemudahan2 ini. Bukan semua orang byk duit nak mandi kat Lost World (RM30 seorang) Di kolam mandi ni bayaran hanya RM2 untuk 1 sessi (2 jam kalau tak silap) Harap-harap ada pihak nak bukak mata. Jawapan supaya saya mencari altenatif lain TIDAK BOLEH diterima!

Yang Ikhlas,