Berita Harian: Mutakhir

Wednesday, February 3, 2010

Alhamdullilah! Kes Liwat Anwar Akan Bermula Petang Ni!

Sekali lagi doa rakyat untuk mendapatkan kebenaran di makbulkan. Pak Nuar akan memulakan perbicaraan LIWAT nya 2.30 petang ni (03/02/2010) Aku cuma harap apa pun keputusan nanti, terima la dengan hati terbuka. Kalau mahkamah mendapati Pak Nuar tak salah, maka aku pun akan terima keputusan tu, begitu jugak la jika Pak Nuar di dapati bersalah, harap orang2 PR akan terima dgn hati terbuka juga. Kebenaran akan terserlah. Anwar Peliwat Tegar atau di Fitnah? Sama-sama kita nantikan.

03 Februari, 2010 11:12 AM

Kes Liwat Libatkan Anwar Bermula Petang Ini

PUTRAJAYA, 3 Feb (Bernama) -- Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijalankan petang ini, kata peguam utamanya Karpal Singh.

Bercakap kepada pemberita selepas menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di sini pagi ini, beliau berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Pagi Selasa, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lepas itu, disemak semula.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang diberitahu mengenai permohonan semakan semula itu, menetapkan agar perbicaraan bermula pada 2.30 petang ini setelah menolak permohonan Anwar supaya ianya ditangguh.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.


Yang Ikhlas,