Exco: Rosmah tidak lagi dilantik canselor Unisel
Salhan K Ahmad
Feb 10, 10
12:58pm
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.
"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.
Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.
"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.
Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.
Komen M-2Day:
Takder kejutan apa-apa pun, cuma ini hanya lah tindakan balas untuk mengeletek PM kita je. Kalau orang lama2 cakap "TAK JADI KUDIS" Kah kah kah. Ini sikap bahalol2 Pakatan Rakyat, mereka akan selagi boleh "menghapuskan" orang2 Barisan Nasional. Sama juga semasa perak di bawah Nizar dahulu. Semua orang BN di cantas termasuklah ketua2 kampung. Tapi bila kita cantas orang dia balik MENGAMUK GILER MEROYAN! kah kah kah! Otak aku tak dpt fikir camne org leh terima pemimpin yang camni, dia buat boleh, tapi orang lain buat tak boleh. Kalau lah mereka ni memerintah negara ... HANCUR!!!
Luper, btw korang lantik je Anwar Ibrahim jadi canselor UNISEL, itu yang Pakatan Rakyat dan mungkin sebahagian budak2 UNISEL nak kan? Silakan. Nanti korang leh amik scroll kat Penjara Sungai Buluh. Kah kah kah!