Aku rasa penggal ini merupakan penggal terakhir Nizar sebagai YB. Banyak perbuatan dan kata2 dia yang menyumbang kepada kemusnahan dirinya sendiri. Hari demi hari dia mengorek kuburnya sendiri lebih dalam. Merepek dan putar belit dia juga makin menjadi-jadi. Kadangkala aku tgk belitnya lebih dahsyat dari belit gurunya sendiri ANWAR IBRAHIM. Hebat, cuba baca petikan kenyataan NIZAR kepada Utusan Malaysia ini;
“Kenyataan saya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat berdasarkan monarki mutlak itu sebenarnya meminta supaya kita semua berhati-hati.
“Saya bukan maksudkan monarki mutlak seperti yang diamalkan di Jordan atau Arab Saudi. Tetapi mereka sengaja jadikan perkara ini isu dan saya rasa tindakan mereka itu yang sebenarnya tidak tepat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lihat lah putar belit Nizar, dia tempoh hari membuat kenyataan DERHAKA dan SINIS kepada Raja Raja Melayu bahawa tak perlu membuat pilihanraya sebaliknya Sultan boleh membuat pilihan pemimpin mana yang Tuanku hendak. Sekarang dia kata dia tak bermaksud begitu. Jadi apa yang di maksudkan bila dia mengatakan perkara tu? Sistem monarki merujuk kepada sistem ber Raja. Lepas tu lihat kenyataan beliau di atas, dia kata sebenarnya dia kata begitu kerana dia meminta kita semua berhati-hati. BERHATI-HATI? Kenapa kami perlu berhati2? Rakyat tak nampak apa yang buruknya sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan sekarang. Ini merupakan HASUTAN Nizar kepada rakyat! Nizar cuba menghasut dgn menakut2 rakyat terhadap Raja-Raja Melayu! Sedangkan kita tahu, di sebabkan Raja-Raja Melayu lah kita masih ada suara di negara kita sendiri sekarang. Jika itu di hapuskan, maka kita akan merempat! Percayalah! Nizar Penderhaka dan Penghasut perlu di ambil tindakan!