Berita Harian: Mutakhir

Friday, February 12, 2010

Perbuatan Manusia atau Binatang?






Kenapa jadi camni? Kenapa kita lebih teruk perangainya dari binatang? Sedang kita memaki hamun sesama sendiri di internet ni, dah begitu kerap kita mendapat berita2 penumuan mayat bayi di buang di sana-sini ibarat sampah. Perbuatan manusia atau binatang? Sedih, amat sedih. Dah la berzina, lepas tu membunuh anak sendiri! Perbuatan mereka2 ini JANGAN sesekali di maafkan! Hukuman paling berat WAJIB di kenekan kepada si pelaku. Tiada tolenrasi dalam hal sebegini. Kesalahan bukan pada bayi yang lahir, tapi perbuatan ZINA mereka! Hukuman MATI MANDOTARI mesti di kenakan kepada mereka mereka ini. SIAL SUNGGUH! Tak kira apa bangsa atau agama, HUKUMAN MATI sahaja yang setimpal dengan KEKEJAMAN mereka.

AKu juga suka cadangkan kerajaan agar menubuhkan badan kebajikan yang boleh menerima bayi2 yang tidak di ingini. Mungkin kerajaan boileh meletakkan syarat ibubapa yang terlanjur dan mahu meletakkan anak mereka di situ hanya di beri hukuman KAUNSELING misalnya. Sebab aku tgk misalnya dalam Utusan Malaysia semalam, Atas pada cerita bayi yang meninggal di hurung semut, ada berita Polis sedang memburu ibubapa yang meninggalkan bayi di depan balai polis (kes lain). Jadi jika di ugut begitu, maka mereka akan takut dan kita akan lihat lebih byk kes buang bayi terjadi. Bukan pulak nak menggalakkan maksiat, tapi aku lebih rela di lebel sebagai penggalak maksiat dari melihat kes2 BAYI MATI DI BUANG MACAM SAMPAH!

Semuanya boleh di buat dengan bersyarat. Kita boleh memimpin sebuah negara yang ada 30 juta penduduk, takkan nak buat satu akta atau jalan pencegahan kes buang bayi ni kita tak tahu. Perlu ada satu badan yang menerima kanak2 yang tak di ingini. Kanak2 yang di hantar kesitu boleh di berikan kepada ibubapa angkat. Kalau orang boleh beli bayi dengan beribu2 ringgit, tak mungkin tiada yang mahu mengambil kanak2 baru lahir ini sebagai anak angkat secara percuma.

Tengok betul2 gambar2 di atas tu. Ini terjadi di negara kita!

Yang Ikhlas,